Kampung Ku

NAMA KAMPUNG : BLOK DKPV

KAWASAN : SAWAH SEMPADAN

MUKIM : TANJUNG KARANG

DAERAH : KUALA SELANGOR

LATARBELAKANG:

Kampung ini terbahagi kepada empat (4) blok utama, iaitu Blok D, Blok K, Blok P, dan Blok V. Bagi memudahkan pentadbiran, blok D, K dan P dipecahkan kepada dua bahagian, menjadikannya Blok D1, Blok D2, Blok K1, Blok K2, Blok P1, dan Blok P2 manakala Blok V kekal hanya satu bahagian.

LOKASI:

Terletak 10 KM daripada Pekan Tanjung Karang dan berada ditengah-tengah kawasan Sawah Sempadan.

STATISTIK

· Keluasan Kampung – 1060 Hektar

· Jumlah Penduduk – 1,050 orang

Ø 70% keturunan Melayu Jawa

Ø 30% keturunan Melayu Campuran (Banjar, Bugis dll)

EKONOMI

Pendapatan utama ialah dari hasil sawah padi manakala pekerjaan sampingan ialah ternakan lembu, kambing dan ikan air tawar. Terdapat juga penduduk yang mengambil upah memungut hasil kelapa sawit di Kampung Seri Tiram Jaya.

KEMUDAHAN ASAS

  • Sekolah Kebangsaan – 1 buah (Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan). Terletak di Blok D1, Sawah Sempadan
  • Sekolah Rendah Agama – 1 buah (Sekolah Rendah Agama Blok P). Terletak di Blok P2, Sawah Sempadan
  • Masjid – 1 buah (Masjid Blok D). Terletak di Blok D1, Sawah Sempadan
  • Surau – 4 buah Surau, masing-masing di Blok D1, D2, P1, dan K2.
  • Jalan JKR – 1 bantang jalan JKR sejauh 7 KM menghubungkannya dengan kampung-kampung sekitaran dan Pekan Tanjung Karang.
  • Jalan PLB – 1 batang jalan PLB sejauh 7 KM sebagai laluan dan penghubung antara blok D,K,P, dan V.

KETUA KAMPUNG

En. Norazman Bin Serin 019-2772005

SETIAUSAHA

En. Anwar Bin Karison 019-2197994

Advertisements
%d bloggers like this: