Penubuhan PKR

Parti KeADILan Rakyat Ranting Sawah Sempadan Timur telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 APRIL 2004. Bermula dengan 25 orang ahli, cukup untuk membentuk sebuah organisasi cawangan yang disyaratkan oleh Bahagian, kini keahliannya berkembang menjadi 100 orang ahli dalam jangka masa 1 tahun selepas penubuhannya.

Asalnya, mereka adalah ahli-ahli UMNO yang bernaung di bawah sayap Gerakan Belia 4B. Bergiat aktif pada tahun 90an sebelum DSAI tersingkir daripada kerajaan. Merasa terhina dengan perlakuan Dr. M terhadap Islam, mereka mengistiharkan keluar daripada Gerakan Belia 4B dan bergiat aktif dalam gerakan Reformasi. Hasilnya, Dato’ Dr. Hj Hassan Ali berjaya merampas DUN Sungai Burung pada pilihanraya umum 1999, dengan izin Allah.

Namun, tekanan demi tekanan telah melonggarkan ikatan kumpulan ini dan akhirnya mereka berpecah. Tetapi tetap berjuang, walaupun di pentas dan arena yang berbeza, namun masih kekal sebagai pembangkang kepada sang penguasa.

Kini, apabila pembangkang merampas kuasa, iltizam mereka terus membara, bersepakat dan sekata untuk kembali berjuang di pentas terbuka. Semangat 1999 kembali menjelma dan mereka bersedia untuk kembali aktif seperti sediakala.

Hasilnya, tertubuhlah satu cawangan Parti KeADILan Rakyat di kawasan yang dulunya adalah kubu kuat UMNO. Kini mereka lebih dewasa dan bersedia, berjanji akan menggempur disegenap pelusuk kawasan ini. Matlamat mereka adalah untuk membawa masuk seramai mungkin ahli-ahli UMNO ke dalam PKR atau PAS. Tidak mustahil, mereka telah membuktikannya ketika menghadiahkan kerusi ADUN Sungai Burung kepada PAS pada pilihanraya 1999, dengan izin Allah.

Kini, strategi sedang rancak diatur. InsyaAllah..menjelang PRU ke 13… semua ahli UMNO di kawasan ini akan bersalutkan bendera Pakatan Rakyat….. Tungguuu…!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: