Posted by: pastibestari | 25/12/2009

Ulama Mesti Berjiwa Rakyat

Perjuangan ulama-ulama terdahulu, cukup dikagumi oleh rakyat, sejak dahulu, sehingga kini. Siapa tidak kenal Tok Janggut, Maulana Abdullah Nuh India, Abu bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan banyak lagi nama-nama ulama-ulama yang disayangi rakyat. Rakyat menyayangi mereka, disebabkan mereka membawa inspirasi rakyat.

Ketika itu, mereka inilah pencetus suara rakyat, iaitu mahukan kepada kemerdekaan dan terhindar dari penindasan dari penjajah. Dalam keadaan kebencian rakyat terhadap penjajah, ketika itu datang ulama mengepalai usaha menjatuhkan penjajah disamping diambil peluang yang ada, diserapkan kefahaman islam kepada rakyat. Itulah kehebatan perjuangan ulama terdahulu.

Di Malaysia kini, semua mengiktiraf bahawa rakyat sedang dijajah oleh sebuah parti bangsa yang sesat lagi menyesatkan, bernama UMNO. Kezaliman terhadap rakyat atas nama undang-undang yang diciptakan mereka dijadikan amalan bagi parti UMNO.

Justeru, Apabila ini berlaku, sudah pasti Perjuangan menjatuhkan UMNO akan mendapat sokongan dari rakyat. Ulama-ulama yang kehadapan menjatuhkan UMNO, sudah pasti akan mendapat sokongan rakyat. Tetapi, jika ada ulama yang terlibat dengan UMNO, ataupun ulama yang dilihat seperti “sayangkan” UMNO, sudah pasti ulama itu akan dihina, dimaki dan dibenci.

Cuba perhatikan para ulama kita… kemana condongnya mereka.. dan  apakah persepsi rakyat terhadap mereka…

Advertisements

Responses

  1. Salam tuan. Kunjungi blog saya di http://www.mybabah.blogspot.com untuk melihat Anwar Ibrahim Junior yang semakin membesar…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: