Posted by: pastibestari | 04/12/2009

Doa TGNA: Takut Pulak…

Puak-puak UMNO buat demonstrasi di kelate, menuntut Tok Guru tarik balik hasrat hendak mendoakan kebinasaan terhadap Najib kerana tidak memberikan hak rayalti minyak kelate, kemudian digantikan dengan Wang ehsan.

Kerana doa, UMNO sanggup berdemonstrasi. Mengapa takut dengan doa? Jika benar Tok Guru salah, sudah pasti doa itu tidak akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Tetapi, puak-puak UMNO – laknatullah alaih – ini berdemo, terbukti bahawa mereka takut dengan doa Tok Guru.

Apa yang pasti, doa orang yang dizalimi tidak ditolak oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

Maksudnya; “takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi, kerana tiada di antaranya dan di antara Allah sebarang penghalang” (Al-Bukhari : 1401)

Kelantan adalah negeri yang dizalimi. Rakyat kelantan mempunyai hak yang telah di nafikan oleh Kerajaan pusat; iaitu hak royalti. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Inilah penafian hak. Dalam Islam, penafian hak merupakan kezaliman.

Justeru, tidak hairan kerajaan pusat amat takut dengan hasrat tok guru yang mahu mendoakan kebinasaan terhadap kezaliman yang kerajaan pusat lakukan terhadap kerajaan Negeri.

Yang pastinya, kita dapat lihat bagaimana ketakutan puak-puak UMNO dengan doa tok guru nik Abdul Aziz ini, sehingga mereka terpaksa berdemonstrasi untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan Tuan Guru itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: