Posted by: pastibestari | 23/11/2009

Sekali Air Bah… di Kelantan.

Siapa yang tidak kenal Tuan guru nik abdul aziz. Satu tokoh yang bukan sekadar dikenali di alam malaysia, tetapi kemasyhuranya telah menjangkaui sehingga disebut rakyat barat dan timur. Beliau dikenali, kerana politik bersih yang diamalkan. Anti kezaliman dan menuntut keadilan yang berasaskan islam menjadi pasak kukuh dalam lapangan politik yang diamalkan oleh beliau.

Lebih 19 tahun beliau memerintah kelantan sebagai menteri besar, tidak pernah sekali kedengaran sebarang penyelewengan. Masakan penyelewengan, berita separa penyelewengan pun tidak sekali bertiup. Ini menyebabkan tuan guru semakin dihormati oleh kawan, terutama digeruni oleh lawan.

Anwar Ibrahim pernah mengungkap, “Kita sukar untuk melupakan tok guru (nik Abdul aziz) dalam berpolitik di malaysia”. Ungkapan Anwar Ibrahim ini terpancul keluar ketika beliau masih lagi memegang jawatan timbalan perdana menteri lagi.

Sedihnya, kebelakangan ini kedengaran berita tentang isu yang melibatkan menantu beliau, IR Ariffahmi setelah dilantik sebagai COO PMBI-MBI.

Waima setahun jagung terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri kelantan, masakan berita angin, malahan tsunami besar menimpa kerajaan negeri. Tidak diketui kisah sebenar yang menimpa kerajaan pimpinan Tuan Guru yang berumur lebih 19 tahun itu. Tetapi sejak kehadiran menantunya itu angin kencang berkencangkan, sehingga berjaya mengkencangkan keadaan kerajaan, yang sudah pasti memberi imej kurang sihat keadaan keperibadian Tuan Guru sendiri.

Jika benar arif sebagai menantu yang ingin menjaga reputasi mertuanya sebagai seorang Tuan Guru dan menteri besar, sepatutnya di kala rakyat sedang berbicara tentang penyelewengan yang kononnya melibatkan diri beliau, sudah pasti beliau akan bertindak meletakkan jawatan.

Tetapi sedihnya, tindakan sedemikian tidak dilakukan oleh si menantu, seakan-akan merelakan mertua mendapat tempelan persepsi buruk dari rakyat. Juga, sanggup membiarkan kepercayaan rakyat luntur terhadap mertua yang merupakan mentor rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam politik melaysia pada hari ini. Yang lebih memelikkan lagi, di saat kedegilan si menantu dari menarik diri yang boleh melahirkan persepsi buruk kepada si mertua, seorang exco yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan pun dengan Tuan Guru, menarik diri dalam pentadbiran. Walhal, exco tersebut tidak pernah membuat onar dalam pertadbiran sejak sekian lama, jika dibandingkan dengan menantu yang bernama arif.

Mengapa perkara ini terjadi? Siapa sebenarnya yang sayangkan mertua arif itu? Jika aku, bukan kerana dia mertua, aku menyayangi Tuan Guru, tetapi memandangkan beliau tokoh ketaqwaan aku menyayangi Tuan Guru. Aku tidak mahu, ketaqwaan yang semakin hari teserlah dalam malaysia yang banyak terbukti menerusi tuan guru digadaikan begitu sahaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: