Posted by: pastibestari | 10/09/2009

Perpaduan..UMNO Ikhlas? Piiiiraaahhh….

Ketua Pemuda PAS Pusat pun berbunyi, “UMNO perlu ikhlas” (jika nak….bla..bla…bla..). Nak termuntah aku…..

Sebenarnya tidak perlu menuntut UMNO ikhlas, selagi mereka masih lagi kekal dengan dasar kebangsaan Nasionalis melayu yang mengarut.

Mendesak agar UMNO ikhlas, samalah seperti mendesak agar bulan jatuh ke riba. Yang perlu didesak sekarang ini adalah, minta UMNO tukar dasar; daripada kezaliman kepada keadilan, daripada nasionalis kepada Islam. Mana mungkin kita boleh percaya dengan UMNO, selagi UMNO masih kekal dengan dasarnya yang mengarut.

Kita menentang UMNO kerana UMNO mengekalkan dasar penjajah. Justeru, kita akan percaya dengan UMNO, apabila UMNO sudah tinggalkan dasar penjajah, lantaran merujuk Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup berparti.

Konsep berdamai dengan UMNO tidak akan wujud selagi UMNO kekal dengan dasar penjajah. Jika UMNO mahu berdamai, UMNO wajib gadaikan prinsipnya dengan buang dasar kebangsaan, dan gantikan dengan Islam.

Tidak ada sebab UMNO tidak mahu tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam, kerana ahli-ahlinya ramai mengaku beragama Islam. tetapi, jika mereka masih lagi kekal dengan prinsip tidak mahu tukar dasar kepada Islam, menunjukkan sebarang tindakan mereka mengandungi seribu satu keraguan.

lainlah kalau kita mahu berdamai dikala bertembung dalam perkara ijtihadiyyah. Itu tidak mengapa, malah dituntut oleh islam seperti termaktub dalam Al-Quran.

Saidina Ali mengambil sikap mahu berdamai dengan Muawiyyah, disebabkan perbedaan antara mereka berdua bukan perkara prinsip, tetapi dalam perkara ijtihadiyyah.

Adapun PAS dengan UMNO, pertembungan ini bukan melibatkan perkara ijtihadiyyah, tetapi ini adalah soal prinsip dasar perjuangan yang berbeda. UMNO kekal dengan dasar kekufuran, kezaliman dll, adapun PAS dengan dasar Islamnya.

Mana mungkin kezaliman dan keadilan mampu berdamai.

Tak tahu la pula, kalau ada sebilangan orang PAS sudah menganggap Najib Tun Razak sudah jadi seperti Muawiyyah?? Kalau macam tu, tak peliklah kalau terima perdamaian yang dianjurkan oleh najib.

Apa pun… Berdamai dengan UMNO?…. Piiirraahhh…..

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: