Posted by: pastibestari | 09/09/2009

GABUNG!!, PAS MASUK GAUNG….

Utusan hari ini melaporkan berita bahawa Najib sekali lagi  mempelawa PAS untuk bergabung atas alasan bangsa dan agama.

Dikala orang sudah diam dan hampir lupa dengan “kerajaan perpaduan” yang melahirkan pertembungan dalaman PAS sehingga menyebabkan PAS hampir tumbang di pilihanraya kecil Manik urai, tiba-tiba utusan Malaysia hari ini melaporkan berita Najib yang masih bernafsu untuk bergabung dengan PAS.

Saya melihat pelawaan ini adalah satu muslihat.


Pertama: UMNO sudah terlalu terdesak, sehingga tidak terdaya lagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat, melainkan terpaksa mencari pengaruh tambahan dari kalangan pengundi Melayu, iaitu dari PAS. Apabila PAS bersedia bersama dengan UMNO, ketika itu UMNO akan membina kekuatannya balik, dan menghancurkan PR.

Kedua: UMNO dapat melihat perbedaan ketara pada keputusan dua pilihanraya kecil yang melibatkan PAS; iaitu di Manik Urai dan di Permatang pasir.

Dalam pilihanraya kecil Manik Urai, PAS menang dengan majority yang terlalu kecil, walhal Manik Urai boleh dikatakan sebagai lubuk PAS di Kelantan. Adapun di Permatang Pasir, PAS berjaya menarik pengaruh yang besar untuk mencapai kemenangan dengan mendapat majority yang agak tinggi.

Berdasarkan pengamatan rambang kemenangan dengan majority yang terlalu kecil di Manik urai adalah bersebabkan krisis dalaman PAS ketika itu, iaitu ketika isu kerajaan perpaduan sedang panas.

Saya yakin kenyataan Najib yang terpapar dalam Utusan Malaysia pada hari ini, mempunyai ”udang di sebalik batu”.

Justeru, bagi mengalahkan PAS, strategi pecah belahkan kesatuan PAS dengan menggunakan teori “ajak bergabung” boleh terus diguna pakai, dan telah terbukti di Manik Urai.

Diharapkan tiada dari kalangan Pimpinan PAS yang masih lena dan mabuk, lalu termakan umpanan Najib yang mahu menggunakan seribu satu strategi bagi mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang ini.

Ataupun memang masih ada Pimpinan PAS yang berketayap sangkut… Berkokok seperti pejuang PAS… tetapi berhati perut macam UMNO. (Kat Selangor ada puak-puak ni…)

Cuma satu ingatan aku… Kalau gabung…. Insyaallah PAS masuk gaung….

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: