Posted by: pastibestari | 08/09/2009

Isu Kuil: Tahap Kecerdikan UMNO….

“Kekecohan yang berlaku semasa majlis perbincangan berikutan masalah tapak kuil yang telah diadakan menampakkan lagi kebanganggan dan kecetekan pemikiran sebahagian umat Islam? UMNO (rata-rata yang hadir melayu).

Pekikan dan cemuhan yang dihemburkan oleh segelintir peserta yang hadir ternyata tidak membantu kearah penyelesaian masalah yang mereka hadapi. Sebagai orang Islam saya turut kesal dengan apa yang berlaku. Mereka mahukan perbincangan dengan kerajaan negeri dan apabila peluang  itu ada di depan mata apa mereka buat?..mereka mencemuh,menghembur kata-kata kesat, memaki hamun dan yang lebih dikesali lagi peluang untuk berunding sudah disia-siakan begitu saja.

Kalau betul mereka pertahankan tempat dan kawasan mereka atas nama agama saya percaya perbincangan dapat dibuat dengan penuh berkhimah. Tetapi apabila pemikiran penuh dengan sangsi politik dan menyandarkan agama sebagai alasan inilah yang berlaku. Alasan agama tidak nampak dan tidak diutarakan dengan bijak sehingga penganut lain tidak faham masalah yang mereka hadapi. Dalam Islam sangat jelas mengajar kita berbincang dengan penuh hormat dan tatatusila.

Penubuhan gelanggang yang didakwa bagi kepentingan penduduk setempat ternyata suatu helah dan sifir politik yang usang. Alasan yang diberikan dengan mengatakan puak A menggunakan tanah tanpa kebenaran maka mereka pun gunakan tanah tanpa kebenaran. Adakah ini alasan bijak dalam pandangan Islam. Apabila orang buat salah kita pun buat salah? Bijakkah tindakan itu? Islamkah yang mengajarkan begitu?. Kalau mereka mengatakan itu cara mereka berpolitik mungkin saya terima dengan kepayahan tapi kalau mereka katakan tindakan mereka itu demi agama Islam..sokongan saya sebagai salah seorang umat Islam tidak bersama mereka.

Inilah natijahnya apabila politik mengatasi agama, maka agama akan diusung ke sana sini untuk menenguhkan kefahaman dan sokongan yang tidak berpaksi teguh. Tindakan yang dibuat penuh dengan kesilapan dan tanda tanya sehinggakan memberi kesan negatif kepada umat Islam keseluruhannya.”

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: