Posted by: pastibestari | 23/08/2009

PAS DAN PKR PERLU ADA “IMUNITI” !!

DUN Permatang Pasir sedang mengadapi pilihanraya kecil disebabkan kematian ADUN PAS. Keadaan yang sama juga berlaku di parlimen bukit gantang dan DUN Manik urai.

Adapun PKR, banyak DUN atau parlimen yang tumbang dan dipilihanrayakan bersebab ”lompat”, dan juga tuduhan skandal rasuah.

Dikhabarkan, salah satu ADUN PKR di selangor pun sedang menunggu masa untuk menjadi ”katak”. Tan Sri Khalid pun sudah pesan kepada ADUN berkenaan, sama ada meletakkan jawatan atau kekal sebagai ADUN dengan bertanggungjawab menunaikan segala hak rakyat.

Dilihat perbedaan antara PAS dan PKR, kedua-dua parti ini ada mempunyai masalah ’imuniti”.

Dalam ilmu perubatan, ”Imuniti” diterjemah sebagai ”sistem pertahanan badan”. Sesuatu penyakit susah untuk kena pada badan manusia yang mempunyai imuniti yang tinggi.

Dilihat PAS dan PKR mengadapi « imuniti » ini. Kelemahan imuniti PAS, ramai YB-YBnya mempunyai penyakit. Ekoran itu, banyak yang kembali ke rahmatullah di kala sedang menjadi YB. Akibatnya, berlakulah pilihanraya kecil.

Adapun di pihak PKR pula, mereka mempunyai imuniti pada YB-YB yang agak kurang istiqamah dalam melakukan perubahan politik di Malaysia. Mereka sanggup lompat ke parti UMNO/BN yang sesat menyesatkan itu, kononnya tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim yang merupakan ketua umum PKR. Singkat benar fikiran sang katak ini. Tak setuju… lompat, tak setuju… lompat. Apa punya kelas ahli yang berhormat seperti ini. Pentingkan tembolok sendiri daripada istiqomah dengan prinsip.

Apabila kelemahan ”imuniti” ini wujud dalam YB-YB PAS dan PKR, menyebabkan pilihanraya kecil selalu sangat berlaku.

Dicadangkan di masa akan datang, agar pemilihan seseorang untuk menjadi calon pilihanraya daripada parti PAS dan PKR terdiri dari mereka yang mempunyai ”imuniti” yang tinggi, sama ada dari sudut keistiqamahan untuk mengadakan perubahan, juga dari sudut kesihatan.

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: