Posted by: pastibestari | 20/08/2009

Majlis Fatwa & Fahaman Jabariyyah

Penurunan Al-Quran dan As-Sunnah dari Allah adalah untuk membimbing manusia agar menghindarkan diri dari melakukan kejahatan, seterusnya mewajibkan manusia melakukan kebaikan.

Apabila hamba itu melakukan kebaikan, maka secara hukum wahyunya, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Adapun jika hamba itu melakukan kejahatan, dia adalah dimasukkan ke dalam neraka.

Keadaan inilah yang perlu diperhatikan kepada UMNO, atau mana-mana parti atau individu. Jika UMNO melakukan kebaikan, maka bagi UMNO adalah syurga. Pun begitu, jika UMNO melakukan kejahatan, maka UMNO akan dimasukkan ke dalam neraka.

Apa yang dapat dilihat sekarang, segala kejahatan yang wujud di malaysia kini, semuanya boleh dikatakan berpunca dari UMNO. Sejak UMNO memerintah, orang bukan islam semakin membenci Islam, orang islam sendiri semakin kabur dengan Islam, malah yang dapat diilihat kezaliman berlaku di mana-mana.

Lihatlah akta zalim ISA, semuanya dipertahankan kuat oleh UMNO, waimma telah terbukti dalam Islam bahawa sesuatu hukuman yang hendak dikenakan, tidak dapat tidak perlu ada perbicaraan. Keadaan ini tidak wujud sama sekali dengan ISA yang dipertahankan oleh UMNO.

Nyatanya, UMNO parti yang mempertahankan kezaliman. UMNO adalah parti zalim. Sedangkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah, bukan sekadar Allah melarang dari melakukan kezaliman, malah cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman pun sudah dikira sebagai ahli neraka.

Firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
”Jangan kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, maka kamu akan disambar oleh Api neraka”

(Surah Hud : 113)

Justeru, majlis Fatwa perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan tentang hak mutlak Allah dalam menentukan sesuatu golongan itu syurga atau neraka, kerana dibimbangi kenyataan itu menggambarkan fahaman jabariyyah yang sesat menyesatkan itu.

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: