Posted by: pastibestari | 06/08/2009

RONNIE LIU DIGUGURKAN??

Jika ditanya pandangan peribadiku tentang cadangan agar Ronnie Liu digugurkan dari jawapan exco, aku amat bersetuju. Aku tidak menyukai Ronnie liu kerana beliau seorang exco cina di Selangor yang mempunyai sentimen cina yang agak ultra, sepertimana sentimen ultra melayu yang wujud dalam diri Hasan Ali.

Ekoran itu, tidak hairanlah, Hasan Ali adalah antara pimpinan PAS yang amat bersetuju untuk bergabung dengan UMNO atas dasar melayu. Bahkan, beliau juga antara pimpinan PAS yang memegang jawatan exco kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan usaha hendak memurahkan kadar harga air di selangor dengan mengalihkan pegangan air di bawah Syabas kepada syarikat air yang lain dengan alasan cina-melayu.

Aku amat membenci sentimen perkauman, kerana ia adalah assobiyyah yang diharamkan dalam Islam seperti yang telah diketahui umum dari sabdaan Nabi SAW. Atas alasan perkaumanlah, aku amat membenci UMNO.

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: