Posted by: pastibestari | 05/08/2009

Ronnie Liu: Wajarkah Kenyataan Hassan Ali?

Secara peribadi, aku pun kurang suka dengan Ronnie Liu. Mula-mula Pakatan Rakyat menang di selangor, berlaku satu kejadian yang kurang diingini, iaitu kes pasar tani di Bukit Rahman Putra yang melibatkan antara para peniaga yang berbangsa cina, dan penduduk yang berbangsa melayu.

Peniaga-peniaga berbangsa cina telah berniaga di kawasan penduduk orang melayu. Penduduk tidak berpuas hati disebabkan beberapa perkara, seperti jualan babi, katak dan kesesakan lalu lintas.

Penduduk bantah, dan minta agar diberikan tapak peniaga cina itu di tempat lain. Tetapi, memandangkan ada sedikit “bobrok” dalam Majlis Perbandaran Selayang ketika itu, menyebabkan peniaga cina tidak berpuas hati.

Isu ini dibawa ke perbincangan exco yang terlibat. Tidak dapat tidak, exco yang dimaksudkan adalah ronnie liu. Dari semenjak itulah, aku mula tidak suka orang yang bernama Ronnie Liu, kerana cara beliau mengendalikan isu itu sudah tergambar unsur-unsur perkauman.

Justeru, tidak hairanlah kita akan terbaca kenyataan beliau tentang isu arak di selangor sedemikian rupa.

Pun begitu, tindakan hasan ali mengeluarkan kenyataan yang termaktub dalam akhbar internet mstar, aku agak tidak bersetuju, kerana kenyataan itu mengandungi unsur “ajak” gaduh dengan DAP.

Kenyataan hasan ali ini, tidak sama seperti kenyataan Khalid Samad dalam isu yang sama. Ini kerana, kenyataan hasan ali itu dilihat seperti berhadapan dengan ”lawan”, tetapi kenyataan khalid samad itu dilihat seperti teguran ”kawan”.

Keadaan ini boleh melahirkan keadaan yang lebih parah (jika tidak pandai cover line balik) di masa akan datang, la-siyama, hasan ali adalah satu-satunya tokoh dalam PAS Selangor yang memegang jawatan Exco kerajaan yang mempunyai ”skandal sulit” dengan khir toyo atas alasan melayu-islam, yang sudah masyhur di kalangan rakyat selangor, tidak kira melayu, cina dan india.

Jika dari sudut ”maalat” atau resiko, kenyataan sebegini tidak selayaknya terpancul dari orang seperti hasan ali yang mempunyai problem ’cina-melayu’ ini. Tetapi, jika mahu dikeluarkan juga, hendaklah dari tokoh PAS yang sudah masyhur ”Friendly” dan tidak mempunyai masalah dengan orang cina, malah dengan orang india. Dalam PAS selangor, antara orang yang lebih layak mengeluarkan kenyataan sebegini adalah orang seperti Dr Rani dan Saudara Ir Khalid Samad.

Kenyataan dari Hasan ali ini, dibimbangi akan memberi sedikit kecalaran dari sudut hubungan baik antara DAP dan PAS di Selangor. Ini kerana, kenyataan ini dikeluarkan oleh Hasan Ali yang berjawatan Pesuruhjaya PAS. Jika kenyataan ini dikeluarkan oleh orang yang tidak berjawatan seperti Hasan Ali, masalah hubungan antara DAP dan PAS di selangor tidak menjadi sesuatu yang serius.

Diharapkan, pimpinan PAS selangor lebih bijak bermain dengan isu ini, iaitu selepas kenyataan ”nakal” hasan ali yang terpancul dalam mstar. Juga perlu diambil perhatian lagi, dibimbangi isu ini akan memberi kesan buruk kepada PAS untuk menghadapi PRK Permatang Pasir yang tidak lama akan berkunjung tiba.

Menjaga hubungan baik antara parti-parti dalam selangor; dalam usaha hendak menjahanamkan bapa kezaliman dan kesyirikan di Malaysia (UMNO/BN) adalah satu kemestian. La-siyama, dengan hubungan baik antara parti-parti ini merupakan ruang paling berkesan dalam usaha memahamkan DAP dengan Islam.

Tindakan ini, berasaskan kepada kaedah fiqh awlawiyyat, fiqh muwazanat dan fiqh Maalat At-Tatbiq atau dalam istilah lain disebut ”ijtihad tanzili”.

Sekian

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: