Posted by: pastibestari | 25/06/2009

Kenapa PPSMI Perlu Dimansuhkan?

Dua tiga hari lepas, Aku berkesempatan berbual-bual di Masjid di sebuah kampung. Sambil duduk di beranda menantikan masuknya waktu isyak. Aku diajukan persoalan PPMSI oleh seorang Pak Cik yang pada jangkaan Aku berumur lewat 50 an.

Soalannya mudah. Kenapa PPSMI perlu dimansuhkan? Bukan ke elok kalau anak cucu kita pandai Bahasa Inggeris?

Tak tahulah Aku, sama ada beliau benar-benar inginkan jawapan atau sekadar ingin buka topik perbualan. Yang pastinya, wajahnya agak selamba dan bersungguh-sungguh menyedut rokok daun di tangannya.

Aku terdiam sebentar, mencari idea bagaimanakah hendak berhujah dengan bahasa yang cukup mudah, supaya Pak cik ini benar-benar faham apa yang cuba Aku sampaikan.

Beginilah Pak cik, Pak cik orang Melayu kan? Ye.. jawab beliau. Pak cik pandai buat dodol? Nak Raya ni… tambah Aku. Tak pandai lah… tak pernah buat pun… Kenapa pulak? Dia tanya lagi..

Begini lah… Kalau Saya ajarkan Pak cik buat dodol tetapi dalam bahasa Jawa.. agak-agak Pak cik boleh ikut tak? Mana boleh… Mana Pak cik reti cakap Jawa… banjar boleh lah sikit-sikit… sebab jiran saya tu orang banjar…

Haa… itulah sebabnya Pak cik… Pelajaran Matematik dan Sains ni.. lebih kurang sama dengan belajar memasak… Kita diajar macam mana RM100 apabila dibahagikan kepada 20 orang.. maka setiap seorang akan mendapat RM5.  Dan dalam matapelajaran sains pulak… kita diajar macam mana cara nak menjernihkan air yang keruh dan berkeladak…(sekadar memberi contoh agar mudah difahami).

Jadi, dua perkara anak-cucu kita kena faham dalam satu masa. Pertama kena fahami Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama terpaksa pulak memahami “resepi” Matematik dan Sains tadi… Kan membebankan tu…

Sepatutnya, nak pandai bahasa Inggeris, kita kena belajar betul-betul lah bahasa inggeris tu… cari kaedah yang paling baik macam mana nak menigkatkan penguasaannya… jangan ganggu “resepi” tadi… (mata pelajaran sains dan matematik)…

Jadi, Pak cik dapat buat dodol yang sedap dan dapat cakap Jawa dengan baik..

Ooooo… jawab Pak cik tu… Tak tahulah Aku… dia paham ke tak?

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: