Posted by: pastibestari | 18/06/2009

Antara UMNO dengan PKR

Ustaz Nasharudin boneka UMNO dan geng-geng memberikan alasan bahawa lebih baik PAS membentuk perpaduan dengan UMNO daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana PKR ‘jahat’.

Wah..nampaknya si boneka UMNO ini buta sejarah….

1964 – 1969

Era ini UMNO mempunyai satu sayap yang dikenali sebagai Skuad Pemuda Tahan Lasak UMNO yang lebih mirip kepada kumpulan samseng. Lupakah Ustaz Nasha bahawa skuad Pemuda UMNO inilah yang membelasah ahli-ahli PAS di Perlis. Malahan ADUN PAS kawasan Guar Sanji mati dibunuh oleh mereka yang diupah oleh skuad ini. Sehingga kini pembunuh ADUN PAS kawasan Guar Sanji masih tidak dapat ditangkap atau dikenakan sebarang hukuman. Zaman ini PKR tidak wujud lagi….yang wujud hanyalah UMNO

Bukan itu sahaja…pada tahun 1964 UMNO telah menumbangkan kerajaan PAS Terengganu dengan penuh hina sekali iaitu dengan ‘membeli’ beberapa ADUN PAS supaya ‘lompat parti’ dengan menyertai UMNO. Akibatnya undi tidak percaya dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Terengganu dan kerajaan PAS tumbang dengan hina sekali…….masa tu PKR tidak wujud lagi……

1974-1978

PAS membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO pada tahun 1974 di mana PAS telah menyertai Barisan Nasional (BN) yang dibentuk oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2. Ya…memang PAS untung besar dengan menyertai BN apabila ramai pemimpin PAS dapat memegang jawatan Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet dan Exco-Exco kerajaan negeri. Namun pada tahun 1978, UMNO telah menendang keluar PAS daripada BN dengan penuh HINA sekali. Bukan itu sahaja, UMNO telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan (daripada PAS) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Hingga menyebabkan kerajaan PAS Kelantan tumbang dengan hina sekali. Bukan itu sahaja…samseng-samseng UMNO telah menimbulkan huru-hara di Kelantan seperti membakar jambatan dan menimbulkan rusuhan di Kota Bharu hingga menyebabkan Kelantan diistiharkan darurat dan ditadbir dibawah MAGERAN. Selepas itu, dengan jijiknya UMNO mengambil alih pemerintahan kerajaan di Kelantan dan terus memerintah Kelantan dari tahun 1978 sehingga 1990. Siapa punya kerja yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dengan penuh jijik sekali???…jawabnya ialah UMNO !!!!…..PKR masa itu tidak wujud lagi……

1986-1990

Semasa UMNO diharamkan pada 1986…ramai pemimpin PAS disumbat masuk ke dalam ISA. Bukan itu sahaja…pada era inilah berlaku peristiwa berdarah Memali di mana orang kuat PAS Kedah iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang berjaya menggoncangkan kerajaan UMNO Kedah telah dibunuh bersama-sama dengan orang Kampung Memali yang juga ahli PAS Kedah. Adakah PAS lupa peristiwa berdarah Memali???????…siapa punya angkara jika bukan UMNO…masa itu PKR tidak wujud lagi. Operasi Lalang pada tahun 1988, UMNO bergaduh dengan MCA tetapi yang disumbat masuk ke dalam ISA ialah pemimpin PAS….siapa punya angkara???..UMNO…masa itu PKR belum wujud lagi.

1998-1999

Masa ini baru PKR muncul dengan matlamat menegakkan keadilan dan kebenaran dan menjadi rakan PAS dan membentuk gabungan yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA) yang turut disertai DAP dan STAR dari Sarawak dalam PRU 1999 yang menyaksikan PAS dan PKR menang besar sehingga berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu. Almarhum Ustaz Fadzil Noor mantan Presiden PAS bersama-sama dengan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS adalah orang yang bertanggungjawab membentuk Barisan Alternatif bersama Anwar Ibrahim, PKR, DAP, STAR (Sarawak).

Kini Barisan Alternatif dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT (kali ini STAR tidak turut serta)…… Persoalannya…siapa yang jahat??????…UMNO atau PKR….lihat sejarah..anda tahu jawapannya…….

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: