Posted by: pastibestari | 13/04/2009

Era Najib: Apa Nasib Kita?

Meneliti perkembangan politik tanah air kebelakangan ini, saya merasa agak gementar. Dengan naiknya Najib sebagai PM dan kemenangan keempat berturut-turut Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil menyebabkan saya terhidu petaka yang bakal melanda.

Yang pasti Najib tidak akan berdiam diri. Pada hemat saya beliau akan menghalalkan apa cara sekalipun asalkan Pakatan Rakyat tidak terus mara. Memang pada zahirnya beliau akan cuba memujuk rakyat agar kembali bersamanya, tetapi dengan hanya berbaki 2 atau 3 tahun menjelangnya pilihanraya umum ke 13, saya rasa harapan tersebut agak sukar untuk dilaksana. Bukan mudah merawat hati rakyat yang remuk terluka.

Ibarat ular, memukul ekornya hanya akan mencederakannya, dan kepala akan bangkit lalu mematuk si pemukulnya. Jadi pisahkan sahaja kepala daripada badannya, nescaya lumpuh seluruh anggota.

Masih ingatkah Operasi Lalang sedikit masa dahulu? Apa jadi dengan PAS dan DAP? Hampir lumpuh dibuatnya. Saya merasakan keadaan ini akan berulang semula. Hanya dengan memisahkan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pengikutnya sahajalah yang mampu mengendurkan kemaraan mereka. Dengan SPRM, POLIS, dan Mahkamah yang kini dilihat amat patuh kepadanya, merehatkan mereka sama ada di Sg Buluh atau di Kamunting memang tidak lah sukar untuk dilaksana.

Memang mudah, untuk menyabitkan DSAI dengan kes liwatnya memang cukup mudah. Cari sahaja Hakim yang mahir menggunakan perkataan “Tak relevan”, nescaya tak sampai sebulan DSAI dah masuk ke dalam. Yang lainnya, lagi senang. Reka saja satu isu dan heret mereka untuk “menari” bersama. Lepas tu cekup dan rehatkan di Kamunting. Selesai.

Kebangkitan rakyat? Mintak maaflah.. saya masih samar. Memanglah “Patah tumbuh, Hilang berganti.. “ Cakap senang lah… Kita sudah melihat zaman DSAI di dalam dan ketika DSAI bebas di luar… perbezaannya cukup ketara. Memang ada tindakbalas daripada pimpinan yang lain… Tetapi bayangkan jika mereka pun dicekup sama… memang lumpuh.

Jadi apa tindakan kita? Pada saya, barisan kepimpinan jangan leka. Kita harus terus menyerang dan jangan hanya bertahan. Sebukkan mereka dengan menangkis segala serangan supaya tidak punyai masa untuk merencana. Gunakan segala kekuatan yang ada untuk meneruskan tekanan kepada kepimpinan mereka. Jangan tersilap dan tersasul dalam berbicara. Bangkitkan rakyat dengan maklumat yang segar agar mereka tetap terus bersama. Ikhlaskan niat perjuangan, mudah-mudahan ALLAH akan sentiasa bersama kita.

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: