Posted by: pastibestari | 19/02/2009

Semua Azlan Punya Pasal?

Kemelut Perak semakin meruncing. Buat seketika ini tiada nampak jalan penyelesaian yang baik bagi kedua-dua pihak. Suatu ketika dahulu, ia nampak seperti tuah ditangan BN apabila tiga ADUN mengistiharkan sokongan kepada mereka lalu bersegera mencanangkan peralihan kuasa. Semuanya dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan yang rapi.

Dari mula lagi aku tak setuju bila ada orang mengatakan semuanya yang berlaku adalah akibat kelicikan Najib. Tak setuju sama sekali. Najib bukan licik. Gerakannya mudah dibaca.. asalkan sanggup langgar semua waima pantang-larang Agama sekalipun. Licik apa macam tu?

Kini kesan buruk mula terasa. MB baru dan exconya tak katahuan hala. Nak buat apa pun semua tak kena.

Percayalah, Tuan Speaker tak akan membuka dewan. Cukup enam bulan tanpa persidangan, dengan sendirinya dewan akan dibubarkan. Pilihanraya la pulak. Itulah yang PR hendak. Ataupun panggil persidangan dan kemukakan undi tidak percaya kepada Zambry. Dah tentu menang… Apa taknya, 28 lawan 21.

Cuma sekarang sudah mula kedengaran suara-suara yang menyalahkan Sultannya. Kononnya bagindalah empunya angkara. Kalaulah baginda bersabar sedikit, berfikir jauh sedikit, taklah begini jadinya.

Waulahualam.

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: