Posted by: pastibestari | 30/12/2008

Kenapa Takut Hudud?

Sekarang keadaan agak panas dengan isu pelaksanaan hukum hudud sekiranya Kerajaan Pakatan memerintah. Selepas perdebatan antara Dato Husam dengan KJ,tercetus kembali polemik sama ada hukum hudud wajar dilaksanakan atau tidak.

PAS sudah kemukakan pendirian mereka untuk laksanakan hudud kerana ini hukum Allah SWT.UMNO pulak masih berdolak dalik walaupun mereka mengaku perjuangkan Islam la,pejuang bangsa melayu la……tapi sebenarnya habuk…

Hanya satu je yang nak disentuh disini, memandangkan sekarang PAS  dapat menjalinkan hubungan agak rapat dengan DAP, ambil lah peluang untuk memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada DAP dan mereka yang bukan beragama Islam. Berdakwah sambil mendidik kerana saya yakin mereka ini takut dengan HUDUD kerana KURANG PENERANGAN dan MAKLUMAT. Perkara yang baik takkan mereka tidak setuju??.

Seperti kata TGNA,HUDUD bukan hukum Pas atau sesiapa,tapi hukum Allah SWT.Antara sebab mengapa kes2 jenayah pada zaman ini berleluasa adalah kerana kurang berkesannya hukuman yang dikenakan pada mereka yang bersalah.Siapa yang berani merompak@ mencuri seandainya dapat ditangkap dan dihukum di khalayak ramai??Kalau hudud dilaksanakan,maka terlepaslah hukuman di akhirat bagi mereka yang bersalah..

Moga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada kita.AMIN…”

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: