Posted by: pastibestari | 28/10/2008

Yahudi Cuba Ceroboh Masjid AL-AQSA

 Beratus-ratus penduduk Palestin di Baitulmaqdis bertindak pantas menghalang sekumpulan pendatang radikal Yahudi yang cuba menceroboh dan mencemari Masjidil Aqsa, kelmarin. Satu laman perkhidmatan berita Arab melaporkan semalam, penduduk Palestin dari setiap peringkat termasuk ulama dan pemimpin, berkumpul di laman masjid berkenaan sejak awal pagi bagi mengawal kawasan berkenaan daripada sebarang kemungkinan serangan pendatang haram Yahudi berkenaan.

Kumpulan pelampau Yahudi itu tiba dan cuba menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa menerusi pintu Al-Silsila, tetapi kehadiran ramai penduduk Palestin menyebabkan polis Israel campur tangan dan meminta pendatang haram itu beredar.

Minggu lalu, pergerakan Hamas memberi amaran melancarkan intifada Palestin jika Israel terus mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa. Pemimpin Hamas di Gaza, Dr Ismael Redwan membuat kenyataan itu sebagai mengulas kekejaman terbaru Israel dan penganut Yahudi di laman masjid berkenaan, termasuk minum arak dan berzina.

Pihak berkuasa Israel merancang mendirikan rumah ibadat terbesar dunia sehingga menghampiri laman Masjid Al-Aqsa selain mahu menukarkan Tembok Al-Buraq, Masjid Kubah Emas berhampiran al-Aqsa.

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: