Posted by: pastibestari | 05/09/2008

Corat-Coret 916

Terkini

Benar, 12 hari lagi, 16 September 2008.
Apakah situasi terkini dan perkembangan terbaru?

Nafi Pun Terbukti

Perhatikan bahawa Anwar Ibrahim telah pun berusaha sejak PRU 12 yakni mempelawa individu dan parti dari Barisan Nasional untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Walau pun dinafikan ini tidak berlaku, kemudian umum mengetahui, ianya berlaku, buktinya, pertemuan Anwar Ibrahim dengan Yong Teck Lee, mewakili SAPP.

P 44 Permatang Pauh


Selepas menang di pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, satu perubahan besar telah berlaku, Barisan Nasional semakin mundur, dan Pakatan Rakyat semakin maju.

Sasaran


Lantaran usaha Anwar Ibrahim semakin berjaya, dan terkini kejayaannya ialah, sasaran sudah melebihi jangkaan, dan jangkauan.

Perhatikan bahawa Anwar Ibrahim mensasarkan hanya individu, namun kini bukan kata individu, malahan parti pun sudah sedia menyertai Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim juga mensasarkan 30 individu sahaja, malah kini 43 individu sudah pun memberi isyarat setuju.

Tiupan Wisel


Individu dan parti ini, hanya menanti saat ibaratnya “wisel ditiup”. InsyaAllah, peralihan individu dari partinya ke Pakatan Rakyat pun bermula. Diserentakkan dengan beberapa parti dalam Barisan Nasional berpindah ke Pakatan Rakyat.

Restu Perkenan Agong


Seterusnya Pakatan Rakyat, bakal mengadap D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, untuk membentangkan pembentukan kerajaan baru.

D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, adalah kuasa tertinggi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sebagai Raja Berperlembagaan, D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, diperuntukkan dua bentuk kuasa:

* Kuasa berdasarkan nasihat individu (contohnya, nasihat Perdana Menteri) dan institusi (contohnya, nasihat Majlis Raja-Raja Melayu), dan
* Kuasa berdasarkan pertimbangan baginda sendiri.

Di antara bidang kuasa berdasarkan pertimbangan baginda sendiri, ialah perlantikan Perdana Menteri, dan pembubaran Parlimen.

Perdana Menteri dilantik dari kalangan yang mendapat majoriti di Parlimen. Jika Perdana Menteri tidak diterima, kemudian diusulkan undi tidak percaya dan diluluskan di Parlimen, maka seorang lain yang mendapat majoriti akan dilantik untuk menggantikannya, sebagai Perdana Menteri yang baru.

Kelebihan


Kelebihan kepada Rakyat Malaysia ialah, D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, sekarang ialah Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga Sultan Terengganu.

Masih ingat lagikah, jika tidak rujuklah isu pemilihan Menteri Besar Terengganu, selepas PRU 12.

Bagaimanakah perilaku Ahli UMNO, dan taraf hubungan Abdullah Ahmad Badawi, sejak peristiwa itu dengan pihak istana Terengganu?

Dua lagi kelebihan kepada Rakyat Malaysia, ialah Tuanku Mizan Zainal Abidin, prihatin Rakyat, dan Anwar Ibrahim mempunyai kredibiliti yang tinggi terutama pengalamannya dalam perhubungan dengan Sultan di Malaysia.

Pantau Dan Intip


Sebagaimana yang kita maklum, pergerakan Anwar Ibrahim, dan Ahli Parlimen, serta para pemimpin parti politik, telah dipantau dan diintip.

Percayakah anda, pemantauan dan intipan yang dilakukan ini telah disampaikan kepada makluman dengan kerap kepada Abdullah Ahmad Badawi?

Jika 16 September, 2008 tidak mungkin terjadi, dan tidak akan berlaku, mustahil tiba, maka Abdullah Ahmad Badawi boleh tumpukan usaha sebenar memajukan rakyat dan memakmorkan negara.

Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu peduli kepada Anwar Ibrahim dan Agenda Rakyat bersabitan 16 September, 2008.

Namun, Abdullah Ahmad Badawi semacam jelas akan perkembangan usaha ini, berdasarkan makluman pantau dan intip ini.

Petanda


Petanda 1

Perhatikan inisiatif Shafie Afdal mengumpulkan Ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah, untuk bersetuju menurunkan tandatangan surat akujanji kesetiaan kepada Abdullah Ahmad Badawi, dan Barisan Nasional.

Kemudian, kita pun maklum, bukan semua Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, hadir ataupun bersetuju.

Petanda 2

Dalam pembentangan bajet 2009, ya, bajet yang hambar itulah, Abdullah Ahmad Badawi, telah membidas pihak tertentu, bahawa dia tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihanraya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi.

Kita pun tahu, apa hal pulak itu, dan perkataan “rampas”, diperkatakan ketika membentangkan bajet? Apakah pemikiran Abdullah Ahmad Badawi ketika itu sehingga mendorongnya bersuara sedemikian? Ya, sebab Wira Rakyat telah menang di piliharaya kecil P 44 Permatang Pauh, dan dia sudah berjaya berada di Parlimen. Itu, duduk kat depan, Abdullah Ahmad Badawi, ialah Anwar Ibrahim.

Petanda 3

Kelantangan suara para pemimpin dan sampai ke peringkat ugutan mahu keluar dari Barisan Nasional kedengaran. Kekecohan dalam UMNO pula menjelang pemilihan parti Disember, 2008 ini, semakin meruncing. dari balingan telor buruk hingga ke simbahan asid.

Semua ini menjurus kepada kelemahan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang gagal menanganinya.

Petanda 4

Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, dianjurkan, dan Abdullah Ahmad Badawi hadir, bersama para pemimpin berkenaan, di Kota Kinabalu Sabah, semalam (3 September, 2008). Walaupun ini adalah acara yang dipamerkan sebagai biasa, namun perhatikan ucapan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, yang menyentuh bersabitan usaha 16 September, 2008.

Petanda 5

Walaupun para pemimpin lantang menafikan, dan cuba memperlecehkan usaha 16 September, 2008. Namun, ada pemimpin yang memberi peringatan supaya hal ini tidak diambil ringan. Tentulah peringatan ini berdasarkan fakta dan maklumbalas yang mereka terima.

Ini disusuli pula, semalam juga, dengan rayuan, Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd Taib, supaya UMNO diberikan peluang kali kedua, lantaran memujuk Parti Gerakan Rakyat Malaysia, yang dalam persimpangan kini, sama ada mahu kekal atau bertindak keluar dari Barisan Nasional.

Jadi, 16 September, 2008, yang dinafikan selama ini, bahawa tidak akan menjadi kenyataan, kini telah bertukar menjadi penerimaan, bahawa kemungkinan ianya terjadi, tidak boleh ditolak lagi.

12 hari lagi…

Namun harus diingat… manusia merancang… ALLAH juga merancang… dan ALLAH adalah sebaik-baik perancang… Yang pasti… Segalanya kembali terserah kepada NYA.

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: