Posted by: pastibestari | 04/07/2008

DSAI & NAJIB – Ujian Buat Abdullah

SEPULUH tahun dulu, ketika DSAI digugurkan dari Kabinet BN dan dilucutkan segala jawatannya dalam Kerajaan, Tun Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri telah memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Kerajaan tiada pilihan selain dari menggugurkan Anwar Ibrahim kerana beliau ialah seorang peliwat. Kata Mahathir, negara tidak boleh menerima seorang peliwat yang mempunyai tabiat yang ‘kotor’ untuk menjadi pemimpin negara.

Beberapa ketika selepas itu, tersiar gambar besar Dr. Mahathir di muka hadapan Utusan Malaysia yang memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa Mesyuarat Kabinet yang telah dipengerusikan pada malam sebelumnya telah secara sebulat suara (consences) bersetuju bahawa Anwar mesti di’buang’ dari UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.

Sebahagian besar rakyat Malaysia ketika itu menjadi amat benci dengan Dr. Mahathir. Orang-orang yang bijak pandai dalam politik seawalnya sudah menduga segala yang berlaku adalah merupakan satu perancangan besar untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebabnya cukup jelas, kiranya Anwar menjadi PM, semua rahsia korupsi pemimpin-pemimpin dan orang-orang besar ketika itu ( dan sekarang ni masih berana dalam Kabinet dan BN/UMNO) akan samada didedahkan oleh Anwar atau akan terjejas kepentingan peribadi mereka dalam kerajaan.

Dan orang-orang besar itu bukanlah semuanya merupakan menteri atau pemimpin negara, tetapi ada diantara mereka yang berperanan disebalik tugas menteri sebagai penasihat rasmi atau tidak dalam mengatur perjalanan pentadbiran negara. Mereka menjadi cukup bimbang dan cemas apabila saat Anwar hampir melangkah naik ke kerusi PM, maka satu jalan terbaik untuk menghalang Anwar ialah mencipta satu agenda untuk mematikan terus karya politik beliau. Dan episod ini bermula dengan terbitnya Buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang diletakkan kedalam beg setiap perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung UMNO 1997.

Sendiwara itu telahpun berlalu 10 tahun dahulu. Apabila Anwar dibebaskan oleh pentadbiran Abdullah pada tahun 2003, menjelmalah satu-persatu dalil-dalil bahawa apa yang terjadi sejak tahun 1997 dan 1998 terhadap Anwar itu sebenarnya sengaja diada-adakan. Dan pada tahun 2007 Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa Anwar tidak melakukan apa-apa kesalahan sebaliknya beliau telah dizalimi atas sebab politik.

http://www.youtube.com/watch?v=fjiRDR7DQK8

Kini setelah 10 tahun berlalu dan ketika kedudukan kerajaan BN bagaikan ditelur di hujung tanduk sejak keputusan PRU 12, sendiwara Kisah Liwat DSAI dicipta semula. Bukan sahaja Anwar malah rakyat kebanyakkan pun sudah muak dan malas untuk mendengarnya.

Sebenarnya ini semua dijelmakan tidak ada tujuan lainnya melainkan untuk menyelamatkan Kerajaan BN. Persoalannya mengapa perlu diselamatkan Kerajaan BN ini, jawabnya mudah – sebab kerajaan ini :-

1. Tidak mahu menerima hakikat bahawa ianya tidak lagi diterima rakyat.
2. Segala salah-laku, korupsi, rasuah dan jenayah politik serta jenayah ekonomi pemimpin-peminpin BN akan terbongkar kepada rakyat jelata.

Kini rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan pembongkaran Akuan Berkanun oleh Balasubramaniam, penyiasat bebas Abdul Razak Baginda yang juga adalah bekas pegawai polis yang bertugas dalam Cawangan Khas PDRM, terhadap Najib Tun Razak, TPM.

Antara pendedahan oleh Bala dalam Akuan Berkanunnya adalah:

25.1 Razak Baginda had been introduced to Aminah by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore.
25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak informed AbdulRazak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.
25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak wanted Abdul Razak to look after Aminah as he did not want her to harass him since he was now the Deputy Prime Minister.
25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda and Aminah had all been together at a dinner in Paris. 25.5 Aminah wanted money from him as she felt she was entitled to a USD 500,000.00 comission on a submarine deal she assisted in Paris.”

Bagi rakyat Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM mesti memandang serius akan dakwaan ini. Balasubramanium tidak mengatakan bahawa segala dakwaan itu adalah benar tetapi melalui akuan berkanunnya itu, beliau cuma mendedahkan apa yang telah diberitahu oleh Abdul Razak Baginda dan Al-Tantuya kepada beliau. Terpulangah kepada pihak polis untuk menyiasat akan kebenaran dakwaan ini.

Ketika DSAI mula dilemparkan tuduhan liwat kali kedua melalui laporan polis oleh Saiful Bukhari 3 hari lalu, Abdullah Badawi berkata:-

“Kalau dah begitu pihak polislah kena ambil apa-apa tindakan yang wajar, laporan polis sudah dibuat dan polis yang akan membuat sisatan dan menentukan sama ada perkara itu betul atau tidak betul. Soal Datuk Seri Anwar apa yang dia nak kata, bukan sesuatu yang kita boleh tentukan. Dia tentulah buat penafian, lazimnya orang yang dituduh buat penafian tetapi kalau sudah ada bukti dan pihak polis akan siasat, siasatlah,” ujar beliau. – Utusan Malaysia :29/6/2008

Kini dakwaan seks telah dilakukan oleh Bala terhadap Najib. Apa tindakan Abdullah dalam perkara yang sama. Sebagai seorang PM yang memulakan tugasnya dengan bersajak ” Aku Hidup Kerana Dia Rabbi”, Abdullah mesti mengambil pendirian yang sama dalam perkara ini untuk mengarahkan PDRM menyiasat dakwaan ini.

Rakyat kini sedang menilai kewaibawaan Abdullah dalam hal ini kerana kebanyakkan sudah dapat mengagak akan pilihan yang bakal diambil PM. Apakah PM berjuang untuk muslihat BN atau untuk kepentingan rakyat?

Advertisements

Categories

%d bloggers like this: