Posted by: pastibestari | 28/05/2008

Ezam Masuk UMNO.. So What?

Ezam sertai semula UMNO? Biarlah. Cekgu Bad pun khabarnya nak masuk UMNO jugak. Biarlah. Kata Dr Mahathir,
Mereka yang hari ini mempertahankan pemerintahan Abdullah harus fikir dengan mendalam.
Mungkin mereka akan perolehi nikmat untuk diri sendiri untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri; untuk dapat kontrak atau jawatan tertentu dalam parti di waktu ini.Tetapi apabila kuasa sudah tidak ada pada BN nikmat tidak akan diperolehi lagi. Lebih dari itu anak cucu pun tidak akan mendapat nikmat lagi. Ingatlah keuntungan hari ini boleh membawa kecelakaan pada hari kemudian.Selanjutnya baca disini

Semasa sidang parlimen hari tu, Nazri Aziz kenen kat YB Salahuddin Ayub (PAS), suruh lompat masuk UMNO. Tapi isu ini mungin lawak Nazri sahaja maka tak pulak saya terjumpa mana2 kupasan dari sesiapa (atau mungkin saya terlepas pandang?). Kalau betul Nazri pelawa, nak ke YB Salahuddin menyeberang?Tok Guru pun tak ada kat Malaysia ni, kalau nak menyeberang sekarang, tak lah malu sangat. Ada sesiapa lagi nak masuk UMNO? Silakan! Ada YB2 PAS nak lompat parti? Silakan!

Bukan senang nak wujudkan pemerentahan yang menjunjung amanat Allah. Berpuluh tahun PAS berjuang, baru dapat pegang Kelantan dan Kedah. PRU10 yang lalu dapat jugak pegang Terengganu, tapi Allah tarik semula. Bukan senang nak tegakkan panji2 Allah di bumi ini. Nabi sendiri ambik masa bertahun2 sebelum dapat mewujudkan daulah Islam yang pertama iaitu di Madinah setelah peristiwa Hijrah. Malah Nabi pun mengalami ujian dan dugaan sebelum dapat menubuhkan kerajaan Islam Madinah. Antara orang2 Islam yang menuruti ajaran Nabi s.a.w, bukan semuanya ikhlas.

Sebab itu berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj di mana antara lain peristiwa tersebut merupakan saringan yang Allah buat ke atas pengikut Nabi. Bayangkan, dalam umur Islam yang baru setahun jagung, tiba2 umat Islam didatangkan peristiwa yang mencabar kewarasan fikiran mereka. Siapa dapat terima kisah perjalanan Nabi dalam peristiwa Israk dan mikraj itu? Hanya orang2 yang hatinya bulat kepada Allah dan RasulNya sahaja yang boleh terima tanpa soal. Orang2 yang perjuangkan Islam atas dasar taat kepada perintah Allah dan Rasulnya sahaja yang boleh terima cerita itu. Lalu apabila diarahkan berhijrah oleh Rasul, tanpa ragu2 mereka berhijrah ke Madinah. Tinggallah orang2 yang dibenarkan oleh Rasul untuk tidak ikut serta dan orang2 yang ragu2 dengan perintah allah dan Rasul.

Lalu apabila mereka sampai di Madinah, rakyat Madinah yang taat kepada Allah dan Rasul menyambut mereka bagaikan saudara, kecuali orang2 munafik. Lalu terbentuklah kerajaan Islam yang pertama yang kemudiannya dapat menakluki kota Mekah. Itu sejarah perjuangan Nabi dan pejuang2 Islam silam. Pejuang2 Islam hari ini adakah tekadnya seutuh pejuang2 dizaman itu? Adakah perjuangannya tulus demi kerana agama Allah?

Kalau Islam tertegak atas pejuang2 yang ada agenda disebaliknya, yang menjadikan Islam sebagai instrument untuk mencapai cita2 peribadi, atau tertegak atas semangat pejuang2 yang hanya punya semangat Islam tanpa rohnya, mungkin kejayaan dapat dicapai tetapi akan hancur ditekan musuh. Kalau sekiranya kejayaan yang diraih itu runtuh dek kerana sikap pejuang Islam itu sendiri, ianya akan menjadi fitnah kepada agama Allah ini. Maka itu, pengajaran dari sirah Rasul dapat di jelmakan pada senario hari ini.

Mungkin Allah tidak memenangkan kesemua kerusi PAS pada PRU12 yang lalu kerana kekuatan yang ada pada PAS untuk menanggung beban amanat ini belum cukup. Andaikata dimenangkan kesemua kerusi2 tersebut dan PAS dapat memerintah Malaysia, belum tentu kejayaan itu dapat dikekalkan dek kerana ketulusan yang ada pada pejuang2 dalam PAS masih tidak layak untuk memikul beban ini. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, PAS terpaksa bergabung dengan fahaman2 selain Islam demi untuk menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Kita faham, penggabungan ini bersifat sementara. Itu adalah strategi dalam meruntuhkan kebatilan. Dalam masa yang sama PAS sebagai pendokong panji2 kerajaan Islam sedang ditarbiahkan oleh Allah. Samada nampak atau tidak, sedar atau tidak bergantung kepada tafsiran masing2.

Lalu, kita tidak perlu rasa terkilan, ralat atau sesal apabila ada tokoh2 dari gabungan atau dari PAS sendiri yang berpaling arah mencari keuntungan peribadi yang ditopengkan dengan pelbagai hujah. Berjuang dari dalam lah, apalah jua hujahnya, kalau mereka tinggalkan jemaah yang ada bermakna landasan perjuangan mereka telah tersasar. Kita yakin janji Allah, akhirnya Islam akan menang jua. Soal bila masanya tidak perlu ditanya kerana tugas kita memperjuangkan ke arah kejayaan itu. Apabila sampai masa yang sesuai, Allah akan anugerahkan kejayaan tersebut. Tentulah Allah akan jaga Islam dari terfitnah. Oleh itu, sesiapa juga yang hendak lompat meninggalkan perjuangan Islam atau sesiapa jua yang memilih pejuangan selain Islam adalah individu2 yang telah ditapis oleh Allah. Buat apa nak dikesalkan?Cuma iringkan doa semoga hidayat Allah sampai kepada mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: