Posted by: pastibestari | 14/05/2008

Tsunami Sabahan Bakal Melanda

Rakyat Sabahan sekalian, politik Sabah bakal mengalami gelombang Tsunami ke-2 ekoran dari “cakap-cakap” pemimpin veteran Sabah, tindak-tanduk pemimpin mereka yang “pelik” pada persidangan dewan parlimen dan info sulit yang diperolehi dari maklumat “dalaman” beberapa parti politik di Sabah. Pemimpin-pemimpin Sabah bakal “memberontak” kerana cukup merasa tersisih dari arus perdana medan politik Negara apatah lagi Sabah dan Sarawak memegang “anak kunci” kepada ketuanan mutlak Melayu UMNO. Hati-hatilah kamu BN! 

Tidak salah jika dikatakan 1 undi Sabahan atau Sarawakian lebih penting dari 100 undi mereka di Semenanjung Malaysia di dalam konteks hidup mati parti “baru” UMNO. Ya, ini bukan parti UMNO yang digagaskan oleh Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil dan Dato Hamzah Abdullah pada 1946 tetapi parti baru yang mengguna-pakai nama UMNO semula yang didaftarkan pada 1988 berdasarkan corak pemikiran pemilik Chedet.com blog.

 

Inilah masa dan ketikanya pemimpin-pemimpin Sabah mempertaruhkan karier politik serta prinsip perjuangan mereka yang “kotor” selama ini demi kepentingan bersama di masa akan datang. Jatuh bangun mereka selepas ini akan menetukan hala tuju negeri Sabah seterusnya sama ada masih lagi ingin menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia walhal Sabah lebih kaya dari Selangor, lebih kaya dari Terengganu malah jauh lebih kaya dari Kelantan ataupun mahu membangun seiring sejalan dengan pembangunan pesat seperti di Semenanjung Malaysia.

Realitinya Malaysia tidak mampu berdiri segagah negara-negara membangun yang lain jika bukan kerana sumbangan Trillion Ringgit royalti minyak dari Sabah, Sarawak dan Terengganu selama berpuluh tahun selama ini apatah lagi berbangga dengan pencapaian ekonomi negara yang hanya sekadar meminjam bank minyak Sabah, Sarawak ataupun Terengganu.

 

Bukan sahaja pinjaman tersebut di”lupa”kan atau di”abai”kan malah isu-isu untuk menaikkan peratus royalti sering dipermainkan oleh pemain-pemain terkenal di dalam gelanggang politik negara. 

 

Memberontak atau tidak, situasi tetap memihak kepada Sabah kerana adanya desakan seperti ini maka barulah mata pemimpin-pemimpin negara terbuka. Tetapi alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan…..kita jungkil mata pemimpin-pemimpin BN pusat agar tahu betapa sakitnya hati kita selama ini. Tetapi, Jangan tak memberontak!

Rakyat Sabah mampu memaafkan segala salah dan silap pemimpin-pemimpin kita sekarang ini jika benar mereka berani “memberontak” menentang penjajahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sebagai rakyat Sabah yang sekian lama dianaktirikan pasti akan menghulurkan sokongan padu untuk tindakan berani pemimpin tersebut.

Jika benar mereka bakal “memberontak”, saya pasti Pakatan Rakyat Baru Sabah bakal menerima watikah lantikan sebagai barisan peneraju kerajaan Sabah dan Malaysia yang baru. Namun apakah janji akan ditunaikan atau janji hanya tinggal janji, siapa pun tidak dapat memberi kepastian atau suatu jawapan yang muktamad. Kita sebagai pemerhati cuma layak melihat sebarang perubahan yang bakal berlaku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: