Posted by: pastibestari | 25/04/2008

Wak Jendul dan Bala (Polis Kuala Selangor)

Dari  kejauhan,  lampu  lalulintas  di  satu persimpangan di Pekan Tg Karang itu masih menyala hijau.  Wak Jendul segera  menekan  pedal  minyak  kenderaannya.  Dia  tak mau terlambat.  Apalagi  ia  tahu trafic light di situ memang lembab. Berjanggut nak nunggu. Lebih-lebih lagi musim perayaan. Ramai yang nak balik utara guna jalan ni. Nak jimat TOL lah tu…

Tapi kebetulan  hari tu jalan  di  depannya agak lengang.  Lampu  berganti  kuning.  Hati Wak Jendul berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga  meter  sebelum  garis  jalan,  lampu  merah  menyala. Wak Jendul bimbang, haruskah  ia  berhenti  atau  terus saja. “Ah, iki ngko orak sempet ki.. (“nanti tak sempat ni”) fikirnya sambil terus memandu laju.

Prit!! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Wak Jendul menepikan  kenderaannya  agak jauh sambil mengumpat dalam hati.  Dari  cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu  asing  baginya.  Lahh.. iki Balasundram ki… (“Lah.. ini Balasundran ni”). Teman sepermainannya semasa di sekolah  menengah  Dato’ Harun duhulu.  Hati Wak Jendul agak lega. Ia melompat keluar sambil membuka kedua lengannya.

“Hai, Bala. Gembira sekali saya bertemu kau !” “Hai, Wak Jendul.” Tanpa senyum.
“Aduh,   saya  ni  sebenarnya  nak  cepat  sangat  nih.  Saya  memang agak terburu-buru. Isteri saya sedang menunggu di rumah.” “Oh ye ke?” Nampaknya Bala agak ragu.

” Ye  la  Bala,  hari ini isteriku menyambut ulang tahun kelahiran. Dia dan  anak-anak  sudah  menyiapkan  semuanya.  Tentu  aku  tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menuggu ”

“Saya  faham.  Tapi, sebenarnya kami sering memperhatikanmu melintasi lampu  merah di persimpangan ini.” Ooo,  sepertinya  tidak  sesuai dengan harapan. Wak Jendul mesti ganti strategi.  “Jadi,  kau  nak menyaman aku ker? Tapi sebenarnya tadi aku tidak melanggar lampu  merah.  Sewaktu  aku  jalan  lampu  kuning  masih menyala.”

“Ok  Wak.  Sebenarnya aku melihatnya dengan jelas. Tolong keluarkan lesen dan  kad pengenalan.” Dengan kesal Wak Jendul menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam  kenderaan  dan  menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Bala menulis sesuatu  di  buku  catatannya.  Beberapa saat kemudian Bala mengetuk kaca keretanya. Wak Jendul memandang wajah Bala dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca jendela itu sedikit. “Ah, satu inci pun dah cukup untuk memasukkan surat saman.”

Tanpa  berkata-kata  Bala terus  kembali  ke  tempat  dia  bertugas Wak Jendul mengambil  surat  saman yang  diselipkan Usof di sela-sela kaca kenderaan. Tapi,  “Opo ki? (hei  apa  ini).  Ternyata  lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah  nota.  Eh!! Kok orak disaman (Kenapa  ia  tidak  menyaman  aku). Lalu Tergesa-gesa Wak Jendul membuka dan membaca nota yang berisi  tulisan tangan Bala:

“Wak,  Tahukah bahawa aku dulu mempunyai seorang anak perempuan dan seorang  isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu  yang  tidak  memperdulikan  lampu  merah  di persimpangan ini. Pemandu itu  dihukum  penjara  selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu
isteri  dan  memeluk  ketiga anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada.

Hari  ini  aku  sendirian  menyesali  peristiwa  itu. Yang pergi tidak akan  kembali  lagi.  Beberapa  kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat  sukar.  Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu  itu.   Maafkan   aku  Wak.  Doakan  agar  aku  memperoleh  ganti semuanya.

Berhati-hatilah ketika memandu Wak” – Bala.


Wak Jendul terhenyak. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Bala. Namun, Bala sudah  meninggalkan  pos tempat  ia  bertugas.  Sepanjang  jalan pulang ia  memandu  perlahan  dengan  hati  tak  tentu  sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Hidup ini sangat  berharga,  jalanilah  dengan  penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: