Posted by: pastibestari | 21/04/2008

Borang PKR Laris

Tanpa disangka dan tanpa diduga, Borang PKR laris bagai goreng pisang panas di kawasan ini. Dimana -mana, baik di kedai kopi, pasar senin, pasar kem, kenduri kahwin, surau dan masjid-masjid, tiada topik perbualan lain yang menarik selain daripada “Masuk PKR”. Masing-masing mencari borang untuk diisi dan diserahkan kepada mana-mana kenalan yang rapat dengan parti ini.

Mereka bukan orang lain. Malah mereka adalah orang-orang kuat UMNO yang dulunya ke hulu ke hilir memakai baju percuma cap dacing. Kini mereka nekad untuk meninggalkan parti yang dirasakan sudah tidak punyai masa depan.

Saya sempat memasang telinga, mencari cerita apakah puncanya sehingga mereka bertukar selera? Jawapan yang saya dapat agak lucu tetapi menarik juga. Rupa-rupanya ia disebabkan oleh perasaan meluat yang amat sangat terhadap Tok-Tok Sidang mereka. Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan Tok-Tok Sidang ini berlagak mengalahkan Pak Menteri. Bila bercakap, tidak mahu mengalah, malah hanya mereka sahaja yang betul. Ego, sombong dan bongkak. Macamlah jawatan tu besar sangat! marah salah seorang penduduk.

Yang paling menarik ialah keberanian mereka meminta wang atau imbuhan daripada penduduk yang datang berjumpa, waimma untuk meminta tandatangan pengesahan taraf penduduk sekali pun. Lucu, tetapi benar. Kini mereka seolah-olah ingin membalas dendam terhadap Tok-Tok Sidang mereka. Sengaja mencanangkan kepada orang ramai bahawa mereka kini adalah ahli PKR. Tanpa merasa takut, mengagih-agihkan pula borang PKR kepada siapa sahaja yang mereka jumpa.

Kalau beginilah keadaanya, tidak mustahil, PRU ke 13 nanti bakal melihat UMNO dan BN akan tersungkur di Parlimen Tg Karang dan DUN Sg Burung, InsyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: