Posted by: pastibestari | 01/04/2010

WAJIB PERTAHAN PR

PAS telah mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR. Bermakna, setiap tindakan PAS perlu menggambarkan pegangan teguh terhadap pakatan tersebut.

Dilihat dalam sirah, Nabi SAW amat perpegang teguh pada sebarang penjanjian, walau terhadap non-muslim.

Dalam perjanjian Al-Hudaibiyyah, Nabi SAW mengadakan perjanjian dengan Kuffar Quraish, waima dilihat seperti berat sebelah. Dalam perjanjian tersebut, tidak dibenarkan orang Makkah yang masuk Islam berlindung dibawah kerajaan Madinah. Tiba-tiba, Abu Bashir telah berlindung dibawah kerajaan Makkah. Perkara itu, sampai kepada pengetahuan pimpinan Quraish, menyebabkan mereka menghantar dua orang wakil, iaitu Al-Azhar dan Al-Akhnas untuk berjumpa dengan Nabi SAW untuk mengambil Abu Bashir.

Nabi SAW tetap menyuruh Abu Bashir pergi ke Makkah, waima mendapat bantahan dari sebilangan besar para sahabat, kerana mereka bimbang Abu Bashir di bunuh, ataupun dimurtadkan.

Nabi SAW tetap menyuruh Abu Bashir pergi ke Makkah, kerana akur dengan perjanjian yang telah dimetrai antara Baginda SAW dengan kerajaan Quraish ketika itu.

Ini membenarkan sabda Nabi SAW;


Maksudnya;
”Orang islam itu berpegang dengan syarat-syarat mereka

Justeru, tindakan mengugat pandangan rakyat terhadap kesetian PAS terhadap perjanjian dalam Pakatan perlu ditentang. Dengan kata lain, pihak yang boleh menggugatkan gambaran kesetian PAS terhadap perjanjian dalam pakatan, wajar dikena tindakan yang keras. Terutama, jika tindakan tersebut boleh melahirkan keburukan pada imej Islam dan PAS itu sendiri.

Posted by: pastibestari | 09/02/2010

Kes Liwat II: Apa Kata Mereka?

Dr. Wahbah al Zuhaily – Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syiria.

Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.

“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh” .

“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya…semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s,” jelasnya. “Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.”

“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil” . “Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.”

(Harakah Daily)

Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim. Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat. Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , Tokoh Maal Hijrah, 19 Disember 2009 di Masjid Shah Alam

(TV Selangor)

Veteran Umno leader Tengku Razaleigh Hamzah also tweeted his thoughts on the trial in his @razaleigh twitter account, saying “Another trial to shame the country the world over. Is this case even triable anymore?”

(Malaysian Insider)

I know that there are attempts to shame and drag Anwar Ibrahim through the mud and sludge. However for the sake of our children, may I ask the media, especially the printed newspapers, to be sensitive of their readers knowing that among them are children and minors? What surprises me is the deafening silence of the information ministry which quietly approves of such nonsense. Please don’t for the sake of politics expose our children to such indecency.

Yee Siew Meng

(Malaysiakini)

Anwar’s daughter upon seeing the accuser Saiful in court, “Bertaubatlah!”.

(Various news report)

Ustaz Ahmad Rivai Batubara, religious teacher, passionately said , “Anwar Ibrahim adalah pemimpin umat. Pemimpin umat bukan senang untuk dilahirkan. Kita berkewajipan mempertahankan dia dan mendoakannya.”

(At a Muslim gathering)

“I am not going to leave Pakatan Rakyat or PKR,” PKR’s Kelana Jaya MP Loh Gwo Burne told reporters at his service centre yesterday. Loh said he had joined PKR following a request from Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. “In his time of need, there’s no way I will abandon him,” he said.

(The Star)

“It’s unfortunate we have to go through this again. I would have no qualms about Anwar being defeated in a political contest. But I cannot accept him being brought down this way,” said his loyal friend Datuk Kamaruddin Jaffar who is also Tumpat MP.

(The Star)

“Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….)

Kemudian beliau(Al-Qaradhawi) bertanya:

Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia?

Kata Al-Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

Posted by: pastibestari | 13/01/2010

Mempositifkan Isu Kalimah “ALLAH”

Kalaupun kristian ada agenda tersembunyi untuk mengelirukan umat Islam dengan isu kalimah Allah, apa masalahnya dengan kita? Mengapa lemah sangat iman dan akidah kita sehingga takut boleh terpengaruh dengan akidah kristian yang mengatakan Allah itu dua tiga dan sebagainya.

Masalahnya bukan dengan kristian tapi masalahnya adalah kelemahan dan kejahilan kita sendiri. Musuh kita bukan kristian atau yahudi tetapi musuh sebenar kita adalah diri kita sendiri.

Bagi saya ini merupakan peluang terbaik utk kita umat islam menyampaikan dakwah mengenai akidah sebenar terhadap kristian. Mengapa kita selalu saja mengambil sikap defensif lalu menggambarkan betapa lemahnya kita.

Kita umat islam majoriti di negara ini. Kita memiliki saluran tv, radio, dll. Buatlah counter attack semula dengan ceramah2 di tv contohnya dengan menjelaskan bahawa akidah sebenar kristian sendiri adalah mentauhidkan Allah. Trinity dsbgnya hanyalah doktrin yang diadaptasi dari ideologi paganisme.

Jika mereka (kristian) mempromosikan ALLAH sebagai trinity, maka wajib bagi kita untuk bertindak balas dengan menegaskan bahawa pemahaman begitu adalah salah. Sampaikan kepada seluruh rakyat bahawa ALLAH adalah satu. Berikan pemahaman tentang ALLAH yang sebenar.

Jika perlu, adakan perdebatan antara Islam dan Kristian khusus tentang isu ini. Saya yakin Islam akan menang. Sejarah membuktikan, hujah trinity mereka amat mudah dipatahkan walaupun hanya dengan mengambil hujah-hujah dalam Bible mereka sendiri.

Kita jangan jadi munafik. Konon mempertahankan kalimah Allah tetapi dalam masa yang sama mengkesampingkan syariat Allah.

Wallahu ’Alam

Posted by: pastibestari | 07/01/2010

Isu “ALLAH” – Waspada Dengan Karenah UMNO

Isu kalimah Allah dimainkan oleh UMNO. Jika UMNO berjaya bermain dengan Isu ini, sudah pasti ia dapat memberi satu imej buruk terhadap PAS. Jika PAS menerima keizinan kalimah Allah untuk non Muslim pun jadi buruk, jika tidak menerima juga jadi buruk.

Ekoran itu, tidak hairan ada khabar-khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa, isu kalimah ”Allah” merupakan agenda task Post 2010 dalam usaha gabungan antara PAS-UMNO. Alasan mereka, apabila isu ini timbul, mengapa Nasharuddin mat isa terus bersuara yang dilihat sealiran dengan UMNO.

Aku tidak percaya dengan khabar berita angin ini. Padaku, ia merupakan satu fitnah, yang terpulang siapa sahaja untuk menolak atau menerimanya.

Jika dibaca buku secara peperangan terdahulu, dalam kaedah berperang ada menyebut bahawa, apabila musuh bergedang, jangan sekali-kali kita menari dengan gendang mainan mereka, waima lagu mainan gendang mereka sama sedap, sama tone dengan alunan gendang mainan kita.

Sebaliknya, jika mahu melawan musuh, kita turut sama bergendang, agar musuh akan menari dengan mainan gendang kita. Apabila musuh sudah menari dengan gendang kita, baru kita akan berjaya membentuk kedudukan musuh, dan seterusnya mudah untuk kita mengalahkan musuh.

Justeru dalam isu kalimah ”Allah”, kalau aku jadi Presiden, Timbalan presiden, atau salah seorang naib Presiden PAS, aku tidak akan keluarkan statement “minta melayu bersatu” dalam isu kalimah Allah, agar sama-sama mendesak mahkamah tarik balik keputusan yang dibuat, atau sebagainya.

Juga aku tidak akan sama-sama demonstrasi dengan UMNO untuk mendesak agar dibatalkan keputusan mahkamah tersebut. tetapi, yang aku akan lakukan adalah, menyeru semua rakyat Malaysia terlibat dalam demonstrasi mendesak agar jabatan agama Islam di seluruh Negara, termasuk JAKIM, IKIM, JAIS, JAWI dan banyak lagi, memperkukuhkan gerakan dakwah di Malaysia; bergerak serius dalam menerangkan maksud kalimah “Allah” dari sudut ajaran islam, seperti yang termaktub dalam surah Al-Ikhlas.

“Allah For All * Islam For All”.

Posted by: pastibestari | 06/01/2010

Abu Jahal Pun Guna Nama “ALLAH”

Nabi berdoa kepada Allah semasa Perang Badar dengan berkata.. “Ya Allah..jika engkau binasakan pasukan ini (Islam), engkau tidak akan disembah lagi dimuka bumi ini. Ya Allah..penuhilah janji mu kepada ku, berikanlah pertolongan mu”.

Abu Jahal juga berdoa kepada Allah dengan berkata.. “Ya Allah..dia (Nabi Mohamad) telah menyebabkan hubungan persaudaraan sesama kami terputus, dia telah datang kepada kami dengan sesuatu yang tidak kami kenal, kerananya, hancurkanlah dia esok hari”.

Ini membawa makna Allah bukannya Tuhan orang Islam semata-mata tetapi tuhan seluruh alam semesta, termasuk tuhan orang bukan Islam. Adakah ini bermakna kita juga harus mempercayai tuhan agama lain?

Jawapannya tidak..kerana Allah telah berfirman..

“Sesungguhnya agama yang diakui disisi ALLAH ialah Islam”.

SURAH AL-IMRAN AYAT 19..

Sumber: penjualubat.wordpress.com

Posted by: pastibestari | 25/12/2009

Ulama Mesti Berjiwa Rakyat

Perjuangan ulama-ulama terdahulu, cukup dikagumi oleh rakyat, sejak dahulu, sehingga kini. Siapa tidak kenal Tok Janggut, Maulana Abdullah Nuh India, Abu bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan banyak lagi nama-nama ulama-ulama yang disayangi rakyat. Rakyat menyayangi mereka, disebabkan mereka membawa inspirasi rakyat.

Ketika itu, mereka inilah pencetus suara rakyat, iaitu mahukan kepada kemerdekaan dan terhindar dari penindasan dari penjajah. Dalam keadaan kebencian rakyat terhadap penjajah, ketika itu datang ulama mengepalai usaha menjatuhkan penjajah disamping diambil peluang yang ada, diserapkan kefahaman islam kepada rakyat. Itulah kehebatan perjuangan ulama terdahulu.

Di Malaysia kini, semua mengiktiraf bahawa rakyat sedang dijajah oleh sebuah parti bangsa yang sesat lagi menyesatkan, bernama UMNO. Kezaliman terhadap rakyat atas nama undang-undang yang diciptakan mereka dijadikan amalan bagi parti UMNO.

Justeru, Apabila ini berlaku, sudah pasti Perjuangan menjatuhkan UMNO akan mendapat sokongan dari rakyat. Ulama-ulama yang kehadapan menjatuhkan UMNO, sudah pasti akan mendapat sokongan rakyat. Tetapi, jika ada ulama yang terlibat dengan UMNO, ataupun ulama yang dilihat seperti “sayangkan” UMNO, sudah pasti ulama itu akan dihina, dimaki dan dibenci.

Cuba perhatikan para ulama kita… kemana condongnya mereka.. dan  apakah persepsi rakyat terhadap mereka…

Posted by: pastibestari | 24/12/2009

Barangan Peribadi Nabi Muhammad SAW.

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

Posted by: pastibestari | 23/12/2009

Dr. Yusuf Qaradhawi Bela Anwar

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.

Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.

“Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela. “Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam. Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah. Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan. “Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur. “Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut. Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.

“Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya. –ATIQAH YAACOB, TVSelangor.

Posted by: pastibestari | 10/12/2009

Punca Orang Kafir Persoal Pembinaan Masjid

zaman pemerintahan khalifah terdahulu, dana muslim dan non muslim dibedakan. Orang islam dikenakan zakat, sedangkan non muslim tidak dikenakan zakat, sebaliknya jizyah. Wang zakat digunakan untuk kemaslahatan umat Islam, sedangkan wang jizyah digunakan untuk kegunaan non muslim.

Wang dana Negara ini, tidak disatukan, sebaliknya di asingkan. Justeru, di zaman itu, isu pembinaan masjid dan rumah-rumah ibadat agama lain tidak pernah berlaku pertikaian.

Keadaan ini berbeda dengan apa yang berlaku di Malaysia. Dana kerajaan yang terhasil dari hasil mahsul muslim disatukan dengan hasil mahsul dari usaha non Muslim. Cumanya, dalam pembinaan rumah ibadat pula, muslim mendapat habuannya yang tinggi berbanding non Muslim, waima kadangkala hasil mahsul non Muslim lebih tinggi masuk dalam dana negara berbanding hasil mahsul muslim.

Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan pertikaian tentang tuntutan pembinaan rumah ibadat antara dua belah pihak tidak selesai. Waima ada pihak yang tutup mulut, tetapi ia sekadar mulut yang zahir sahaja tertutup, tetapi di dalam hati mengandungi seribu satu ketidak-puasan hati. Jika keadaan ini berterusan, tidak hairan di satu masa nanti, pertikaian yang lebih besar pasti akan berlaku.

Sudah sampai masanya, keadilan islam perlu diterapkan dalam pemerintahan agar pertikaian tidak akan terlahir.

Older Posts »

Categories