Posted by: pastibestari | 01/11/2009

Nak Jaga Islam ke Nak Jaga Parti Islam?

Kefahamanku tentang kewujudan parti Islam adalah bertujuan untuk memenangkan islam. Apabila islam menang, maka itulah tujuan keberadaan parti Islam. Jika Islam boleh menang tanpa wujud parti Islam, maka tidak perlu ditubuhkan parti Islam.

Jika dibaca pada Hadis Huzaifah yang Nabi SAW menyuruh beriltizam dengan jemaah islam ; ia tidak bersifat mutlak, sebaliknya ia bersifat muqayyad, iaitu dikala berlakunya fitnah. Bermakna, tanpa wujudnya fitnah, maka tidak perlu beriltizam dengan jemaah islam.

Apabila disebut Islam, sudah pasti kelihatan keadilan, kesaksamaan, kebajikan, kasih sayang dan sebagainya. Kezaliman, penindasan, penyelewengan dan sebagainya merupakan fitnah, yang ia sangat-sangat ditentang oleh islam.

Keadilan Islam, tidak difokuskan atas nama bangsa, juga atas nama agama. Waima berbeda agama, hak keadilan tetap diberikan. Begitujuga, penyelewengan yang berlaku, sudah pasti tidak akan ‘diberi muka’ oleh Islam, waima dilakukan oleh golongan agamawan.

Apa yang penting difahami, islam adalah matlamat. Adapun parti islam, ia sekadar wadah, atau bekas dalam membawa atau memimpin manusia kepada Islam. parti tidak perlu diperjuangkan, tetapi islam perlu dijadikan asas perjuangan. Parti tidak perlu dijaga, tetapi Islam adalah asas yang perlu dijaga.

Justeru, kewujudan parti islam adalah untuk menyerang fitnah, seperti penyelewengan, kezaliman, ketidak-adilan, rasuah dan sebagainya. pemimpin-pemimpin sesuatu gerakan islam – parti islam adalah pemimpin yang akan berusaha untuk menghapuskan segala fitnah-fitnah yang menimpa ini.

Pada hari ini, ramai manusia bercakap ‘mahu menjaga parti’, tetapi mereka tidak bertindak untuk menjaga Islam. Penyelewengan yang merupakan perkara yang diharamkan oleh islam; apabila dilakukan oleh seseorang pimpinan politik, ia seakan-akan dibenarkan, dan wajib dipertahankan atas nama ‘jaga parti’.

Ekoran itu, apabila wujud sebarang kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pemimpin politik, pasti akan wujud manusia yang mempertahankannya atas nama ‘jaga parti’, waima tindakan pimpinan politik tersebut kadang-kala bercanggah dengan kehendak syariah secara qatii.

Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti maqasid sebalik penubuhan parti Islam yang dikehendaki oleh Allah adalah amat bercanggah, seterusnya tersasar dari apa yang disabdakan oleh Nabi SAW.

Posted by: pastibestari | 30/10/2009

Lompat Parti = Cerai Isteri Talak 3, Betul ke ni?

Seorang blogger melaporkan bahawa:

Barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen di bawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isterinya-talak tiga,  SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS di majlis dailog bersama bloggers tempoh hari.

Tiga persolan:

1. Dalam Islam boleh ke ? – Rasanya.. boleh, tetapi kita tinggalkan kepada para Ustaz dan alim ulamak untuk membahaskannya.

2. Mengapa maklumat dalaman Parti ini dibocorkan kepada umum?

3. Sanggupkah Jawatankuasa Displin PAS mengambil tindakan kepada pembocor maklumat ini?

Khabarnya, PAS Selangor telah mendesak supaya diadakan siasatan kepada pembocor rahsia parti.  Cantik tu… tapi, bagaimana pula kalau yang menjadi pembocor rahsia parti itu adalah PJ PAS Selangor sendiri?

lebih parah, bocorkan kepada Blogger UMNO? kalau dengan blogger UMNO pun, ada cerita sulit tentang PAS, bagaimana pula pertemuan sulit dengan Khir Toyo sedikit masa dulu? Mahu habis terlondeh “seluar” PAS..

Hai…. Hasannn…. Hasannn…

Posted by: pastibestari | 28/10/2009

Pertemuan Sulit Lagi…..

Meletup di alam maya, apabila wujud pertemuan sulit antara beberapa orang blogger-termasuk blogger UMNO- dan pimpinan PAS; Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS.

Dari rangkap ini, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu; (1) kenapa diadakan secara sulit?, (2) kenapa menjemput Blogger UMNO?, (3) kenapa diadakan berhampiran dengan mesyuarat Khas?, (4) kenapa melibatkan 3 orang pimpinan PAS ini, yang sudah diketahui umum adalah pimpinan PAS yang bermasalah dari sudut hubungan mereka dengan pakatan Rakyat, ekoran kecenderongan mereka kepada UMNO.

Presiden PAS pernah mengakui bahawa wujudnya pertemuan sulit antara pimpinan PAS dengan pimpinan tertinggi UMNO. Pengakuan itu dibuat sejurus Pak Lah mengakui wujudnya pertemuan sulit sebanyak tiga kali.

Begitujuga, dengan isu pertemuan sulit dengan blogger. Usah dinafikan lagi, kerana sudah terbukti wujudnya gambar, malahan pengakuan sendiri dari sebilangan blogger yang hadir dalam pertemuan tersebut.

Yang ingin kita dengar sekarang, pimpinan terbabit wajib mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan tersebut, disamping perlu menjawab persoalan-persoalan yang penting, bagi menghilangkan keraguan ahli bawahan terhadap mereka.

Jika blogger yang dijemput itu sekadar blogger yang terdiri dari kalangan orang PAS, atau orang PKR dan DAP, ia tidak melahirkan problem yang terlalu besar, waima ada kesangsian sedikit. Mungkin tindakan tersebut, benar-benar mempunyai keikhlasan, untuk menyelesaikan kekalutan dan seterusnya dapat menghapuskan segala persepsi buruk yang terpalit terhadap mereka.

Persoalannya, persepsi apa yang hendak diperjelaskan kepada blogger UMNO itu?

Mungkin ada dari kalangan kita berkata, mengapa tidak boleh dijemput blogger UMNO, walhal mereka juga orang melayu beragama Islam? mengapa terlalu benci sangat dengan orang-orang UMNO?

Jawapannya adalah, sudah disepakati bahawa PAS akan bersama dengan Pakatan Rakyat, terdiri dari kalangan PAS, PKR dan DAP. Perlu diingat, UMNO tidak termasuk dalam pakatan Rakyat. Sebaliknya, UMNO adalah musuh kepada politik PAS.

Justeru, dalam hubungan ini, PAS sedang berkawan dengan PKR dan DAP, sedangkan UMNO merupakan musuh PAS.
Apa yang telah dilakukan oleh 3 orang pimpinan PAS; Nasaruddin mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS adalah amat bercanggah dengan konsep yang telah di ajar dalam islam dan mereka ini wajar digelar sebagai “Penghianat” Pakatan Rakyat.

Posted by: pastibestari | 27/10/2009

Renungan Buat Pendokong PAS

Dalam politik demokrasi berpilihanraya, memaut hati rakyat merupakan satu kemenangan. Apabila menjadi golongan majority, petanda memerintah akan tercapai.

Jika berpuas hati atau reda dengan kekalahan dalam sesuatu pilihanraya dengan dakwaan asal Islam menang, makanya tidak perlu masuk Pilihanraya. Tidak perlu habiskan duit beribu-ribu ringgit, untuk garap petugas dalam sesuatu pilihanraya. Bahkan, lebih baik jadi jemaah tabligh yang hanya berdakwah di masjid dan surau sahaja.

Di Malaysia, PAS dan UMNO merupakan dua parti yang bermusuh turun temurun. PAS akan berusaha hendak mengalahkan UMNO, dan UMNO mahu mengalahkan PAS.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, PAS berjaya memerintah Malaysia, sebaliknya UMNO, sejak merdeka sehingga kini, mereka memerintah dengan segala kezaliman dan kediktatoran.

Pilihanraya ke – 12, PAS bersama Pakatan Rakyat berjaya membina kerajaan di negeri yang tidak disangka mencapai Kemenangan. Selangor dan perak, antara negeri yang tidak pernah terfikir oleh PAS pun, untuk menjadi salah sebuah parti yang memerintah bersama-sama parti yang lain.

Kebersamaan PAS dalam pakatan rakyat, memberikan kekuatan kepada PAS, seterusnya mencapai kemenangan dalam beberapa pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil, atau besar.

Pun begitu, tindakan sebilangan pihak dari kalangan pimpinan PAS amat memalukan; iaitu melahirkan keraguan dikalangan rakyat terhadap keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini, wujud tindakan yang meragukan, kemudian ditutup balik setelah dimarahi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, tetapi tindakan secara saraf kelihatan sedang berlaku.

Tindakan sebegitu, melahirkan persepsi buruk terhadap PAS, seterusnya rata-rata rakyat melihat bahawa PAS tidak perform dan tidak komited dengan Pakatan Rakyat.

Apabila persepsi ini wujud, sewajarnya dihapuskan segera persepsi ini. Bukannya berdiam diri, biarkan persepsi sebegini berlanjutan di hati-hati rakyat, terutama dari kalangan sahabat-sahabat dari pakatan rakyat.

Jika ia berterusan, pasti akan dijadikan modal musuh-musuh PAS dalam mengalahkan PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Posted by: pastibestari | 08/10/2009

PAS – DAP, Berdamai lagi, lagi, dan lagi…

Hari ini, PAS dan DAP Selangor telah melakarkan satu lagi sejarah. Terhasil satu lagi majlis perdamaian antara PAS – DAP. Terpampanglah wajah-wajah pimpinan PAS dan DAP yang tersenyum mesra. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Inilah watak politikus. Boleh berubah-ubah dengan sekelip mata.

Dulu, situasi sebegini juga pernah berlaku. Dalam isu arak umpamanya. Mereka bersalaman dengan penuh “keikhlsan”.  Berjanji setia tidak akan mengadakan sebarang tindakan yang melahirkan kekacauan dalam Pakatan Rakyat. Tetapi, belumpun reda sepenuhnya, timbul pula is SELCAT.

Jika diamati, pertembungan antara PAS dan DAP di Selangor, bukanlah sangat kerana isu antara PAS dan DAP, tetapi lebih kepada karenah Hasan Ali itu sendiri yang sering mencetuskan pertembungan.

Dan semuanya berpaksikan kepada isu melayu. Mempertahankan melayu, kononnya. Setahu saya selama ini yang meratib Melayu, Melayu, Melayu adalah UMNO sahaja. Dan PAS tetap teguh dengan Islam dan menolak sebarang fahaman ke”bangsa”an. Mungkin juga Hasan Ali masih tidak faham dasar perjuangan PAS. Maklumlah, baru setahun jagung berjuang dalam pentas PAS berbanding dengan pimpinan yang lain.

Walaubagaimana pun, diharapkan pertemuan kali ini benar-benar melahirkan perdamaian. Namun, kita tunggu dan lihat drama seterusnya….

Siapa yang tidak kenal dengan Lim Guan Eng, pasti kita akan tergambar seorang ketua menteri dari Parti DAP di salah sebuah negeri di Malaysia, Pulau Pinang.

Waimma beliau berbangsa Cina, tetapi amat jarang kita mengambil tahu tentang sejarah kebanggaan yang di lakukan beliau, iaitu mempertahankan seorang anak gadis melayu yang telah di rogol bekas ketua menteri dari mazhab UMNO, berbangsa melayu. Dalam usaha mempertahankan anak melayu tersebut, mengakibatkan beliau telah di tahan di bawah tahanan ISA selama lebih kurang 2 tahun.

Menurut maklumat, semasa beliau berada dalam tahanan, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor berkali-kali datang menziarahi beliau sehingga Allahyarham menghadiahkan sebuah buku kepada beliau yang menceritakan tentang seorang tokoh Islam yang terkemuka bernama Omar bin Abdul Aziz.
Ekoran dari membaca tersebut, beliau mula mendalami tentang sejarah pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, sehingga bercita-cita mahu membuat sebuah pemerintahan berkebajikan, seperti yang dilakukan oleh Omar bin Abdul Aziz.

Ternyata di awal pemerintahan beliau menjadi Ketua Menteri, beliau berkali-kali menyebut ingin membuat pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, malahan ternyata beliau melakukan tindakan tersebut, waimma beliau tidak beragama islam.

Dalam keadaan sedemikian pun, amat menggelikan hati apabila isa samad yang sedang terpalit dengan rasuah berkata bahawa Lim Guan Eng seorang banduan.

Apakah dia tidak sedar bahawa, Lim Guan Eng terpaksa menjadi banduan sebab ditahan oleh Kerajaan BN ekoran tindakan beliau mempertahankan anak gadis melayu yang dikhianati oleh bekas seorang ketua menteri yang berbangsa melayu sendiri.

Adapun Isa samad, beliau terpalit dengan rasuah yang sudah pasti melibatkan kepada pengkhianatan terhadap harta rakyat.

Justeru, dakwaan isa samad yang mahu menyamakan beliau dengan Lim Guan Eng adalah amat tersasar, malahan menggambarkan pemikiran beliau amat mundur, terutama dalam kempen beliau untuk menguasai kerusi Dun Bagan Pinang.

Posted by: pastibestari | 04/10/2009

Hasan Ali Halang Nizar Ceramah Di Selangor

Pada 2/10/09 yang lepas, ribut seketika di JAIS. Ini ekoran daripada para pengawainya telah menerima arahan daripada Hasan Ali supaya menghalang ceramah YB Nizar yang dijadualkan berlangsung di sebuah surau. Alasannya, YB Nizar tidak mempunyai tauliah JAIS untuk berbuat demikian. Keadaan ini samalah dengan perbuatan Khir Toyo sedikit masa dahulu yang menghalang Tuan Guru Nik Aziz berkuliah di Selangor.

Memang tidak dapat dinafikan, tauliah ini penting bagi memastikan penceramah adalah benar-benar layak dan bukan sembarangan orang. Mudahnya, penceramah dan isi ceramah mestilah tidak lari dari AL-Quran & Hadis.

Namun penganugerahan dokumen tauliah adalah bersifat teknikal sahaja. Seharusnya pemberian “tauliah” adalah jauh melangkaui persoalan teknikal tersebut. Apakah Dr. Yusoff AL-Qardawwi juga akan dihalang kerana tidak mengepit tauliah daripada JAIS?

Lalu timbul persoalan, adakah Hasan tidak mengenali YB Nizar? Apakah latar belakang YB Nizar cukup kotor? Tidak berpendidikan tinggi? Pengganas? sehinggakan apabila YB Nizar berceramah maka akan dikhuatiri para pendengar akan terpesong aqidahnya atau bertukar menjadi terrorist?

Saya melihat, Hasan Ali tidak mempunyai sebab lain melainkan sebab politik sahaja. Umum mengetahui bahawa Hasan adalah pendokong Kerajaan Perpaduan yang sanggup menghianati persepakatan dalam (Pakatan Rakyat) demi cita-cita peribadi, manakala Yb Nizar adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang cukup pahit mendepani karenah UMNO dan BN.

Berbalik kepada kisah tadi, demi menjaga air muka Hasan Ali maka pihak penganjur terpaksa mengalihkan majlis tersebut ke sebuah lokasi persendirian yang paling hampir dengan surau tersebut.

Tindakan bijak ahli akar umbi yang tidak mahu ia dijadikan isu oleh UMNO dan BN, bilamana kita tidak mengendahkan arahan Hasan Ali, yang merupakan pimpinan kita sendiri harus dipuji. Namun ia ada had dan batasannya.

Kepada pimpinan PAS… Onar apakah yang kailan tunggu lagi daripada Hasan Ali? Mungkin benar kata-kata Yb Teng, kejatuhan Pakatan Rakyat bukan daripada PKR & DAP, tetapi berpunca daripada PAS itu sendiri. Lebih malang, ia adalah dari parti yang bertunjangkan AL-QURAN dan HADIS.

Di saat orang bukan Islam mula mengenali Islam, ada pula manusia (dari Parti Islam) yang memberi gambaran yang songsang terhadap Islam itu sendiri. Kita marah bila Sister In Islam (SIS) menggunakan perkataan Islam. Apa bezanya SIS dengan pendokong Kerajaan Perpaduan (dalam PAS)?

Posted by: pastibestari | 28/09/2009

Hasan Ali, Kami Sudah Bosan!

Rata-rata rakyat Selangor kini sudah mula rasa muak dan bosan, khususnya ulangan isu yang melibatkan YDP Pas Dato Dr. Hasan Ali. Sikap beliau yang selalu menimbulkan isu dengan Pakatan Rakyat dan suka membuat tindakan sendiri tanpa merujuk kepada kepimpinan Pakatan Rakyat menimbulkan banyak persoalan. Beliau juga seringkali berlagak seperti mahu meletakkan diri beliau sebagai ketua di dalam Pakatan Rakyat.

Dalam siri ceramah beliau pun, beliau hanya memperkatakan tentang PAS, seolah-olah PAS sahajalah yang hebat, yang mampu memimpin dan menjadi KETUA di dakam Pakatan Rakyat. Dan beliau juga pernah “tersasul” menyebut sebagai.. ‘Bakal MB Selangor!’. Apakah beliau merasakan beliaulah yang paling layak menjadi MB Selangor? Hentikan lah… Saya khuatir jika orang begini ada di dalam Pakatan Rakyat, imej Pakatan Rakyat akan pudar! Sama ada disedari atau tidak, beliau telah menzahirkan kepada umum sikap dan permusuhan beliau baik kepada rakan sePAS seperti YB Khalid Samad ataupun rakan sePakatan seperti Ronie Liu. Yang anihnya, dalam isu ‘kepala lembu’, beliau diam seribu bahasa.

Saya mengharapkan Pimpinan PAS dapat melakukan sesuatu. Masakan kalian lupa ketegasan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dalam menangani sesuatu isu.

Pak Subki pernah bercerita, ketika krisis tuduhan khalwat yang melibatkan Mat Sabu, sesuatu keputusan cepat-cepat dilakukan, agar tidak melahirkan krisis yang berlanjutan. Perdebatan secara ilmiyyah dilayan oleh ustaz Fadzil Noor sedemikian rupa, demi mencari penyelesaian yang jitu dan tuntas.

Ketika itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Harun Taib berbeda pendapat dan hujjah dalam menentukan, apakah Mat Sabu patut dikenakan tindakan disiplin ataupun tidak. Segala hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh dua tokoh ulama ini, didengari rapi oleh Ustaz Fadzil Noor, yang akhirnya pendapat Ustaz Harun Taib diterima, disamping memberi penghormatan terhadap hujjah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Ketegasan Pimpinan PAS perlu agar kelakuan beliau yang “tidak senonoh” itu tidak berterusan menjadi duri dalam daging di dalam Pakatan Rakyat.

Berkaitan dengan SELCAT, saya tidak nampak masalahnya dengan perbicaraan terbuka. Kalau selama ini , kita sibuk menyatakan ketidak telusan UMNO Barisan Nasional dan agensi kerajaan dalam mengendalikan sesuatu kes, kenapa dalam halk ini kita tidak mahu berubah. Di mana lagi rakyat dapat melihat ketelusan di dalam pentadbiran kerajaan. Apakah beliau cuba mencari populariti sama seperti apa yang dilakukana oleh UMNO! Banyak lagi isu-isu lain yang perlu diperjuangkan oleh beliau selain ‘mengganggu’ di dalam isu yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat.

Kepada Dato Dr Hasan Ali…sudahlah…rakyat sudah jemu dengan sikap kamu! Dan kamu harus sedar bahawa sekarang ini sudah ada ahli-ahli dan cawangan PAS yang mula memboikot aktiviti kamu… malah mengharamkan kehadiran kamu ke kawasan mereka…

Posted by: pastibestari | 15/09/2009

Jangan Jumud!!!

“Kenapa kau nak ajak orang kafir tu pula buka puasa?” sergah seorang veteran.

Inilah berkat didikan Islam cara UMNO. Islam pada UMNO, hanya melibatkan melayu sahaja. Kalau orang bukan Islam mahu terlibat sama dalam program-program keagamaan orang Islam, itu dilihat seperti menyesatkan.

Pemikiran sesat ini berlaku juga kepada sebilangan orang yang mendokong gerakan Islam. Islam cara jumud yang difahami ini, menyebabkan Islam tidak berkembang.

Lihatlah Saidina Omar yang memerintah. Masakan berbuka puasa, pertemuan dalam Gereja pun sanggup dihadiri oleh Saidina Omar. Diceritakan ketika kedengaran laungan azan Asar di Baitul Muqaddis, Saidina Omar yang ketika itu berada dalam gereja telah meminta izin dari pihak paderi untuk menunaikan solat di beranda luar gereja. Paderi mencadangkan agar beliau menunaikan solat di dalam gereja sahaja, bahkan pihak gereja sanggup menyediakan tempat penunaian solat.

Omar bin Al-Khattab menolak, sambil berkata;

”saya bimbang gereja ini akan menjadi masjid, jika saya menunaikan solat dalam gereja ini”

Inilah sikap keterbukaan yang wujud dalam diri Omar bin Al-Khattab. Beliau tidak pernah menjadikan perbedaan agama sebagai penghalang untuk beliau bersama-sama, berbual-bual dan bersembang dengan sesiapa sahaja.

Justeru, tidak hairanlah Omar bin Al-Khattab berjaya mengislamkan banyak jajahan dunia. Islam berkembang hebat pada zaman Omar. Islam di zaman Omar, tidak sekadar di tanah arab, malah sudah merebak ke bumi ’Ajam, farsi dan afrika.

Semuanya disebabkan ”ketidak jumudan” omar dalam menafsirkan Islam. Jika Islam ini ditafsirkan dalam bentuk yang jumud, tidak hairan, Islam susah hendak berkembang.

Tetapi, jika Islam berjaya dijelaskan dengan penuh berhikmah, tidak hairan mereka akan menerima Islam. jika tidak memeluk Islam pun, mereka akan menyatakan islam adalah agama yang baik dan wajib diberi sokongan.

Posted by: pastibestari | 12/09/2009

Najib: UMNO Parti Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Geli ketiak aku… Ini merupakan taktik baru Najib nak pengaruhi rakyat yang kurang cerdik. Sama seperti zaman Tun Dr Mahathir dulu, UMNO nak mengelirukan rakyat dengan mendakwa bahawa kononnya Malaysia adalah sebuah negara islam.

Kalau dasar masih kebangsaan, tidak perlu mendakwa UMNO parti Islam. Takkan kita nak kata orang hindu beragama Islam, semata-mata dia pakai baju melayu dan kopiah?

Ini semua mengarut. Aku memang sentiasa menaruh harapan nak iktiraf UMNO sebagai parti Islam, tapi dengan syarat, UMNO wajib tukar dasar; dari kebangsaan kepada Islam.

Buang dasar kebangsaan, ambil dasar Islam. Islam diutamakan, kemanusian didahulukan. Islam diutamakan, keadilan diketengahkan. Islam diutamakan, Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan.

Melihatkan akhlak ahli-ahli UMNO… baik yang jantan mahupun yang betina… memang mustahil aku nak mengiktiraf UMNO adalah parti islam….

Older Posts »

Categories